@subairi_p.m: TARUNG: UNFORGIVEN ialah sebuah film aksi, jenayah dan seni mempertahankan diri Malaysia tahun 2026 arahan Razaisyam Rashid. *Sinopsis* Mengisahkan Hatta (Mierul Aiman), bekas juara silat yang dibayangi rasa bersalah selepas tidak sengaja membunuh lawannya dalam kejohanan. Hatta berjanji tidak akan jejak ke gelanggang lagi, namun terpaksa kembali berlawan dalam gelanggang haram bawah tanah demi mencari wang kos rawatan kakaknya, Aishah (Sharifah Sakinah) yang sakit kritikal. Di situ, dia bukan sahaja berdepan lawan yang ganas, malah terpaksa berhadapan dengan sengketa dan musuh dari masa silamnya. #film #actionmovie #tarungunforgiven