@mediahiburanofficial: Pelakon senior, Khaty Azian menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada apabila perjalanannya dalam program nyanyian realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES) terhenti pada saingan konsert minggu keempat, Sabtu lalu. Menurut Khaty, dia tidak kecewa, sebaliknya bangga dengan kemampuan diri kerana berani melawan rasa takut untuk tampil di pentas berprestij berkenaan 💪🏻❤️ #MHnews #MediaHiburan