@bernamaofficial: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu mengadakan pertemuan empat mata, diikuti mesyuarat dua hala di Pejabat Presiden di Malé, Maldives hari ini, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan Maldives. Pertemuan empat mata yang berlangsung kira-kira 20 minit itu diadakan sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan mesyuarat dua hala yang turut melibatkan delegasi dari kedua-dua negara. #BernamaNews #VideoBernama #PMKeMaldives #LawatanRasmi @Anwar Ibrahim