@berita.ks: BATU KAWAN, 15 Sep - Cabaran Penasihat DAP, Lim Guan Eng, kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya mendesak Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menggugurkan UMNO daripada kerajaan negeri bukan merupakan pendirian rasmi parti. Pengerusi PH Pulau Pinang yang juga Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata setakat ini tiada sebarang arahan rasmi daripada parti berhubung perkara itu dan semua pihak perlu menunggu keputusan Majlis Presiden PH. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berkata, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak ketika ini tidak boleh dianggap sebagai pendirian rasmi parti. "Bukan pendirian parti (cabaran Lim Guan Eng terhadap Ahmad Zahid). Buat masa ini tidak ada apa-apa arahan parti. Ketika ini kita berpegang kepada apa yang telah diputuskan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai cabaran berkenaan serta sama ada PH Pulau Pinang akan meneliti semula pendirian yang telah diputuskan sebelum ini berhubung kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kon Yeow berkata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan supaya Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH bagi membincangkan pendirian gabungan itu mengenai isu berkenaan. Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pemimpin parti supaya akur kepada keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi dan tidak mengeluarkan kenyataan berbeza yang boleh menimbulkan kekeliruan. "Kita tertakluk kepada apa yang diputuskan oleh pimpinan paling atas, bukan di bawah masing-masing membuat pelbagai kenyataan. Kita menumpukan perhatian kepada Majlis Presiden PH. Yang lain kita ambil maklum sahaja," katanya. Kredit Foto: NSTP #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 15 September 2026 06:36:53 GMT
18285
140
23
6

Music

Download

Comments

abang.hana
Abang Hana :
Umat MELAYU, yuk berganding bahu utk nyahkan phdap dari Penang……
2026-09-15 07:17:11
8
mr.baz2.6
Ramadzan Zulkifli :
PH melingkup
2026-09-15 11:15:27
1
saharudin.mdnor
Saharudin Mdnor :
Takut la tu
2026-09-15 14:15:57
0
mr336223
MR33 :
dap ni dah gelabah tak tentu hala dah..😂😂😂
2026-09-15 10:45:20
1
harifzackaria
Harif Zackaria :
ph buat lah di perak dan pahang...
2026-09-15 07:54:24
2
muhammadrahim8541
rahim :
DAP abang besar maa.non ketimbang pun goyang abang besar buka suara.
2026-09-15 12:50:24
0
user40175830044174
user40175830044174 :
seck out all & centreline better tq
2026-09-15 09:38:26
0
zulkefli.ghazali
Zulkefli Ghazali :
Tak berani la tu
2026-09-15 07:24:50
0
mahatabu8
mahatabu :
Kasi bubar parleman pulau pinang la
2026-09-15 09:15:41
0
rudolfken810
Rudolf Ken :
together sakau,🤔🤔🤔
2026-09-15 06:52:24
0
joemagma5
joe :
2026-09-15 11:25:32
0
mohd.zaidi351
Mohd Zaidi :
gugur je geng tak kenang jasa ni buat menyusahkan je
2026-09-15 07:16:23
1
adambridder84
adam84 :
aik..goyang jugak3🤣🤣🤣🤣
2026-09-15 08:26:07
0
trex.py4
Trex PY :
DAP ugut [Angry][Angry][Angry][Angry]!!!
2026-09-15 13:29:05
0
ab888888888888
Mr A ᡕᠵ╤ᡁ᠊デ━ :
ai satu geng pun nk gaduh...tanda2 DAP dh berpecah
2026-09-15 12:42:15
0
daud.hamzah1
Daud hamzah :
pulau pinang mana ada sangat orang melayu dah harap BP tu pun plan2
2026-09-15 14:11:33
0
hafizbob03
Ha£iz :
DAP pun tak sehaluan last² ajak UMNO berkerjasama
2026-09-15 10:45:31
0
kontokkontok85
Kontok_kontok :
mantap bubar terus lagi baik
2026-09-15 09:17:56
0
arthur.taylor90
Arthur Taylor :
Kaki sakau jangan datang Penang...
2026-09-15 10:35:26
0
nastradamos4
NastradaMOS :
Gugur kan laaa. Rakyat menunggu jaa ni
2026-09-15 10:13:56
0
ahing_0
Ahing :
keluarkan umno kalau berani. sembang ketimbang ye
2026-09-15 10:42:07
0
user4395067138835
user4395067138835 :
🍿🍿
2026-09-15 13:38:31
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About