@firdaus0204: Maksudnya nuha dekat sini, kalau yang memang haters, kita dah tahu dari zahirnya dorang memang tak suka. Tapi yang lebih menyedihkan bila ada yang mengaku supporters, bagi sokongan, tapi di belakang mengata, mengecam.. Jadi nasihat saya untuk kita semua, kalau kita suka dorang, support la dengan ikhlas. Tapi kalau satu hari nanti kita dah mula rasa tak suka, meluat atau tak selesa dengan dorang, tak perlu teruskan support. Berundur saja dengan baik. Tak perlu tinggalkan komen atau sebarkan cerita yang boleh menimbulkan fitnah, kebencian dan salah faham. Kalau betul ada sesuatu yang kita rasa perlu ditegur, just DM je secara personal. Tegur dengan cara yang baik, bukan membuka ruang untuk orang ramai sama-sama menghukum. Jagalah aib masing-masing. Kita semua manusia biasa dan tak ada seorang pun yang sempurna. Hari ini mungkin kita nampak kekurangan orang, esok lusa mungkin Allah tunjukkan kekurangan kita pula. Untuk nuha & safwan.. Kalau tak ramai supporters pun, tak ape. Percayalah, kadang-kadang lagi ramai supporters, lagi banyak kecaman dan lagi ramai juga yang toxic. Rezeki Allah itu luas. Kita hidup bukan untuk memenuhi kehendak atau memuaskan hati semua orang. Saya noticed je, tak kira influencer ke, talent AI ke atau sesiapa saja yg da melalui. Ada yang pada awalnya supporters, tapi akhirnya boleh bertukar menjadi haters hanya kerana orang yang mereka support tu tak dapat memenuhi cita rasa dan expectation dorang. Nauzubillah. Semoga Allah menjaga hati kita dan menjauhkan kita daripada sifat berpura-pura baik di hadapan tetapi menyimpan kebencian dan berkata buruk di belakang. Jangan sampai hari ini kita sibuk menilai hati orang lain, sedangkan kita terlupa untuk menjaga hati sendiri. 🤍 #nuwan #nuhanadzree #safwanzed #santai #fyp @nuha nadzree @M a t w e 🎵

Stay Humble
Stay Humble
Open In TikTok:
Region: SG
Tuesday 15 September 2026 06:52:38 GMT
13799
282
3
14

Music

Download

Comments

jimkaijin
🦇 𝕁𝕚𝕞 𝕂𝕒𝕚𝕛𝕚𝕟 🦇 :
k
2026-09-15 08:21:25
2
kida1080
KIDA :
👍👍👍
2026-09-15 09:08:10
0
To see more videos from user @firdaus0204, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About