@duniabolasepak25: • Chelsea FC mahu mendapatkan pemain tengah FC Barcelona, Fermin Lopez pada Januari ini dan bersedia mengemukakan tawaran sebesar £120 juta untuk pemain tengah Sepanyol itu. • FC Bayern Munich berhasrat untuk membawa pemain tengah Liverpool FC, Florian Wirtz kembali ke Bundesliga pada Januari ini selepas pemain tengah Jerman itu gagal untuk menyerlah di Premier League. • Paris Saint-Germain mahu mendapatkan Pablo Gavi pada Januari ini dan bersedia menawarkan €40 juta bagaimanapun FC Barcelona mahu Fabian Ruiz dimasukkan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. • Chelsea FC bersedia menewaskan Real Madrid dalam perlumbaan untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Inter Milan, Alessandro Bastoni selepas bersedia menawarkan €80 juta untuk pertahanan tengah Itali itu. • Arsenal FC mengintai peluang untuk mendapatkan pemain sayap kiri remaja Liverpool FC, Rio Ngumoha musim panas hadapan selepas kehadiran Bradley Barcola dilaporkan mengehadkan minit permainannya bersama The Reds. #dbs25 #football #news