@lobakmerahmy: Pasangan yang tular berpelukan di sebuah kedai makan yang terletak di Malim Jaya, semalam kini sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pihak JAIM akan mengenal pasti identiti pasangan tersebut termasuklah status hubungan mereka. "Pihak JAIM akan meneliti perkara ini dengan mengenal pasti pasangan terbabit terlebih dahulu, termasuk status hubungan mereka." "Pada masa sama kita akan lihat sama ada perlakuan dalam video itu mempunyai unsur perbuatan tidak sopan di tempat awam yang boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah." Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, biarpun pasangan terbabit suami isteri, kelakuan sebegitu tetap tidak wajar dipamerkan secara terbuka kerana perlu menjaga adab dan kesopanan. "Perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991," katanya. Terdahulu, satu klip video berdurasi 11 saat tular memaparkan seorang lelaki melentokkan kepala di bahu wanita sebelum kepalanya dilihat telah dirangkul dan dibelai mesra ketika berada di premis awam. Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, sebahagian netizen mengecam tindakan itu, selain turut mempersoalkan kesesuaian aksi terbabit dilakukan di tempat awam. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!
LOBAK MERAH
Region: MY
Tuesday 15 September 2026 08:37:02 GMT
Music
Download
Comments
Angah D Momo :
dia buat apa
2026-09-15 08:38:48
1
إلهان :
Astagfiruallah
2026-09-15 08:42:18
3
illa :
dunia dah akhir zaman
2026-09-16 04:33:23
0
Usernoname🙂↔️ :
buruk da nama malim
2026-09-15 16:03:37
1
Dainel mlk :
kedai mne ni depan ngee malim ke
2026-09-16 02:34:44
0
BTS :
menyedihkan zaman madani ni...
2026-09-15 09:39:34
2
Wellington :
2026-09-15 20:41:39
0
ريا نور حليزة :
Suami istri kott
2026-09-15 16:29:56
0
UNBELIBEBEL :
Sambil makan asam pedas eh
2026-09-15 09:36:42
0
Boyzam_11🫴🏻🕊️ :
[Keliru] apa nak jadi lah
2026-09-15 17:09:33
0
THESINSWEPRAYFOR :
Yg tak blurr mana ?
2026-09-15 10:41:21
0
Norr :
Dunia di akhir zzman
2026-09-15 09:39:14
0
shamzuhairi :
2026-09-15 15:28:39
0
OldBoy :
link
2026-09-15 10:30:00
0
kampung gajah :
huu
2026-09-15 09:13:00
0
MohdKhairil2221 :
ALLAHuakbar..semoga Malaysia dlm keadaan sejahtera
2026-09-15 09:20:47
1
jkingjawa :
mana...tak namak
2026-09-15 08:47:47
0
ScanMyQR :
yb umno tak bak buat lawak ke
2026-09-15 08:42:07
0
Azam :
meja tu bulat ke?
2026-09-15 10:30:41
0
wafia_davincia :
😁😁😁
2026-09-15 08:46:11
0
mayze :
🤣🤣🤣🤣
2026-09-15 08:48:55
0
®yan :
🥰🥰🥰
2026-09-15 11:02:38
0
To see more videos from user @lobakmerahmy, please go to the Tikwm
homepage.