@berita.ks: PETALING JAYA, 15 Sep - Alasan kos yang diberikan PAS untuk menolak cadangan mengadakan PRN Terengganu mengukuhkan pandangan bahawa parti itu tidak benar-benar ikhlas dalam menawarkan kerjasama politik menjelang PRU16, kata Puad Zarkashi. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, pendirian berkenaan memperlihatkan sikap sebenar PAS kerana parti tersebut tidak pernah membangkitkan soal kos ketika PRN Johor dan Negeri Sembilan dipercepatkan sebelum ini. “Tok Mat (Dato’ Seri Mohamad Hasan) memang bijak, beliau cuma mahu menguji keikhlasan PAS. Jawapan Dato’ Sri Tuan Ibrahim (Tuan Man) bahawa ia tidak perlu kerana melibatkan kos mendedahkan ‘pekung’ PAS. “Kenapa bila PRN Johor dan Negeri Sembilan diawalkan, PAS tidak bersuara soal kos pilihan raya? Kalau soal mandat rakyat, mengadakan PRN lebih awal di salah satu negeri SG4 juga boleh menjadi ukuran sama ada rakyat menyokong penyatuan ummah,” katanya. Puad berkata, terdapat percanggahan dalam pendirian pimpinan PAS, terutama apabila Tuan Ibrahim sebelum ini menyokong supaya PRU16 diadakan lebih awal. Katanya, PAS kini memanfaatkan kelebihan pentadbiran di empat negeri di bawah SG4 untuk memberi tekanan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya mengikut kehendak mereka, khususnya di negeri-negeri yang menyaksikan BN gagal memenangi sebarang kerusi. Susulan itu, beliau menyokong peringatan Mohamad agar UMNO sentiasa berhati-hati ketika mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PAS. Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tuan Ibrahim, yang juga timbalan presiden PAS, bahawa tiada keperluan untuk mengadakan PRN Terengganu lebih awal memandangkan pentadbiran negeri ketika ini berada dalam keadaan stabil. Kredit Foto: NSTP #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 15 September 2026 08:37:50 GMT
12480
87
156
7

Music

Download

Comments

tuan.muda.al.idru
Tuan Muda Al idrus :
Puad dah tak ada parti
2026-09-15 09:37:16
42
mmdean77
dinils :
kamu tgu pru nanti.br ada akal.akan byk kerusi bn akan hilang semula
2026-09-15 10:54:29
36
mohdfattah5
Mohd Fattah :
DUK DLM UMNO BERPULUH TAHUN..BILA ANAK X DICALONKAN..MERAJUK .X IKHLAS LAH TU.😂😂😂
2026-09-15 11:45:40
29
masron013
masron013 :
sibuk dgn parti org dia sendiri tk ada parti
2026-09-15 13:17:45
3
maisarah.chelah3
Maisarah Chelah :
Pas jangan tunduk dgn umno
2026-09-15 10:57:14
23
13tiss
izzu :
kami ahli umno akan undi pas
2026-09-15 13:16:10
11
alipmenkece
user@2113 :
apa ke hal nok buat pilihan raya di terengganu umno 0 kerusi di terengganu sampai masa buat lah
2026-09-15 09:33:54
7
mat.mat117
Mamat :
sbb apa nk bubar xde masalah pon kt sg4..saja nk bikin huru hara..dan bazirkan duit rakyat...umno yg x iklas ttba nk kata pas plak...bnyak parasid dlm umno ni
2026-09-15 11:55:41
10
syarul5453
Syarul :
dlu tgglkan hutang. bila hutang dah nak abis. nak memerintah balik.. fikir2 lah org terengganu..
2026-09-15 12:41:06
2
user4726639660656
user4726639660656 :
semak la ko puad
2026-09-15 12:51:15
6
subhanallah0766
SubhanAllah :
Org dh tolong kita tu...blajar brsyukur laa...ni byk demand plak
2026-09-15 13:20:50
3
hamidbahadon
MidDon :
Semua GILA kuasa.....
2026-09-15 13:22:28
2
sally.baharom
Tabby@Sally :
Takutlah tu..orang Ganu pangkah BN..😂
2026-09-15 13:03:33
0
amirulasraf10973
Amirul Asraf(10973)( am ) :
tamak nya.. boleh jalan la.. baru Johor n.sembilan dah megah pigiiidaaa
2026-09-15 10:40:18
9
user8035711432845
user8035711432845 :
boleh la berkawan tok mat..fuad.
2026-09-15 11:11:54
5
pokdindin65
Ibram :
Umno-BN sekarang ni dah gelisah macam kucing nak beranak satu demi satu kes berjalan di mahkamah kalut nak adakan pru16 tak boleh tunggu bila dah sampai masa parlimen di bubarkan PAS stady je
2026-09-15 10:24:08
5
hasbuddin_49
din :
pengundi penyokong PAS akan bertambah..umno pula akan merosot...ini lah yg akan berlaku..InsyaAllah..
2026-09-15 13:25:03
5
nazsuvek86y
nazri :
dia particap apa sekrg[Tears of joy]
2026-09-15 12:02:00
1
ahmad.saari59
Ahmad Saari :
bagi pada umno lepas tu gabung dgn pH dap jadilah umdap...
2026-09-15 10:52:01
3
noraineeimuda232
orang kapung :
dari parti mna ni
2026-09-15 12:06:19
1
saari.seman2
Saari Seman :
UMNO nok cari mampus 😂
2026-09-15 10:10:54
2
hahsmazaron
AzAm :
penyatuan melayu 1st. parti tu alat sahaja.nk kerusi di pejabat ada
2026-09-15 10:18:18
2
nikkadir715
Nik Kadir :
boss ni bukan ke dah ditamatkan keahlian..bekas orang kuat JASA..harap Tak terkeliru..
2026-09-15 08:52:09
1
mohd.yusob
Mohd Yusob :
buat apa. nak prn negeri Terengganu...ini semua helah UMNO saja.. tak payah la...negeri dudok elok2 nak p buat PRU...lain la Johor Dan negeri sembilan ada sebab dia org buat prn....
2026-09-15 13:59:06
0
angahslayyy0
angahmokk :
Hok oeg suruh bagi hak dia dok bagi. Putar beli
2026-09-15 10:01:43
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About