@nancyshukri_: Hari Malaysia mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan dan tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat benar-benar dirasai tanpa ada yang tercicir. Alhamdulillah, hari ini saya bersama warga KPWKM dalam Sambutan Hari Malaysia Tahun 2026 Peringkat KPWKM yang membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”. Terima kasih kepada seluruh warga KPWKM, jabatan dan agensi atas komitmen dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Selamat menyambut Hari Malaysia! 🇲🇾