@f8buzz: “Betullah, saya memang takkan setanding dengan Kak Sherry pun.” Azeva terbuka menerima kritikan selepas mengambil alih tugas Sherry Alhadad buat sementara waktu sebagai hos Borneo Rising, bergandingan bersama Zizan Razak. Kemunculannya mengundang pelbagai reaksi, termasuk komen mengenai chemistry bersama Zizan serta perbandingan dengan Sherry. Mengakui dirinya masih baharu dan banyak perlu dipelajari, Azeva bagaimanapun tidak melihat semua kecaman sebagai sesuatu yang negatif. Ada kritikan yang dirasakan valid dan boleh dijadikan ruang untuk memperbaiki diri. Cuma satu yang dimintanya, beri peluang kepada bakat baharu untuk belajar dan membuktikan kemampuan. Dengar sendiri apa kata Azeva. 👀 #f8buzzhiburan #Azeva #BorneoRising #ZizanRazak