@suarasarawak: Jalan Raya Pedalaman Kurangkan Kebergantungan Kepada FDS Menjelang 2032. Sarawak menyasarkan pembinaan jalan raya ke kawasan pedalaman siap secara berperingkat antara 2030 hingga 2032 bagi mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan helikopter Flying Doctor Service (FDS), kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata pembinaan jaringan jalan raya merupakan alternatif lebih praktikal bagi memastikan penduduk pedalaman mendapat akses lebih mudah kepada kemudahan kesihatan tanpa bergantung sepenuhnya kepada operasi FDS yang turut dipengaruhi keadaan cuaca dan waktu penerbangan. Katanya, usaha itu termasuk mengambil alih jalan balak di kawasan seperti Baram dan Bintulu untuk dibangunkan sebagai jaringan jalan raya, dengan kira-kira 142 kilometer jalan raya utama sedang dibangunkan mengikut piawaian JKR R3. #jalanpedalaman #baram #fds