@mardhiyyahjohari: Persamaan kes Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Dato' Sri Najib Tun Razak adalah kedua-duanya telah dihukum bersalah oleh Mahkamah bagi pertuduhan jenayah.Oleh itu kedua-duanya tidak dibebaskan oleh Mahkamah. Pesalah kes jenayah mempunyai satu lagi peluang iaitu pengampunan Yang di- Pertuan Agung bagi kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan pengampunan oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri bagi kesalahan yang dilakukan di dalam negeri sepertimana diperuntukkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Tun Abdul Hamid, bekas Ketua Hakim Negara pernah meminta penjelasan semasa Dato' Sri Anwar diberi pengampunan. Kini PAS pula bertanya apabila pengampunan Dato' Sri Najib ditangguhkan. Kerana proses pengampunan tidak hanya akan melibatkan tokoh politik, tetapi rakyat biasa yang turut diberi hak oleh undang-undang untuk berusaha mendapatkan pengampunan.Ini adalah isu kepentingan awam, dan rakyat berhak mendapatkan penjelasan.

MardhiyyahJohari
MardhiyyahJohari
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 15 September 2026 23:30:31 GMT
57206
1956
48
350

Music

Download

Comments

To see more videos from user @mardhiyyahjohari, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About