@mediaselangor: Kualiti udara di Selangor merosot apabila kesemua enam stesen pemantauan di negeri ini merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini. Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) setakat 8.27 pagi, Johan Setia mencatat bacaan tertinggi di Selangor iaitu 185. Ia diikuti Shah Alam dengan bacaan 175, Petaling Jaya (168), Klang (167), Banting (166) dan Kuala Selangor (165). Kesemua bacaan berkenaan berada dalam kategori tidak sihat iaitu antara 101 hingga 200. 🌐 Lebih berita terkini di mediaselangor.com! #MediaSelangor #jerebu #ShahAlam #IPU