@berita.ks: KUALA LUMPUR, 16 Sep - Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan beberapa pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan penilaian profesional terhadap keterangan serta kebolehbuktian di mahkamah. Tindakan tersebut diambil setelah pihak pendakwaan mengambil kira kepentingan keseluruhan kes yang dikhuatiri membawa risiko litigasi nyata sehingga mampu menjejaskan pembuktian bagi pertuduhan lain yang masih dihadapi tertuduh. “Pihak pendakwaan perlu menilai kepentingan keseluruhan kes dan bukannya mempertahankan pertuduhan secara terasing. “Tugas pendakwa raya bukan untuk mempertahankan sesuatu pertuduhan pada apa jua keadaan tetapi adalah untuk memastikan hanya pertuduhan yang mempunyai asas keterangan yang mencukupi dan boleh dipertahankan di mahkamah sahaja diteruskan,” jelas kenyataan tersebut. AGC turut menjelaskan bahawa keputusan berkenaan tidak bermaksud pertuduhan asal telah dibuat tanpa sebarang asas, malah ia tidak boleh ditafsirkan sebagai satu dapatan bahawa transaksi yang disiasat itu tidak berlaku. Sebaliknya, sesuatu keputusan pendakwaan perlu dinilai semula secara menyeluruh dengan meneliti aspek kebolehterimaan keterangan, kredibiliti saksi serta implikasi prosiding berlandaskan undang-undang dan kepentingan pentadbiran keadilan. “Setelah mengambil kira keseluruhan faktor tersebut, Jabatan ini berpendirian bahawa meneruskan pertuduhan-pertuduhan tersebut bukan lagi suatu langkah pendakwaan yang wajar dan berhemat," jelas kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, AGC menegaskan bahawa pendakwaan bagi tiga lagi pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ke atas bekas Perdana Menteri itu akan diteruskan. Kredit foto: Utusan Malaysia #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 02:46:18 GMT
Music
Download
Comments
balasundralingam :
sebab big boss sudah bagitau....next PRU kami kena 1 team lawan BN...faham
2026-09-16 03:09:18
0
Hasshan shitam :
rosak Rayat jahanam negara.
2026-09-16 04:49:40
1
armana2021 :
Tahniah madanon [Tears of joy]
2026-09-16 04:52:41
0
Alisaad Alisaad Alison :
semua parti kerajaan terima dana dari kontractor apa nk heran .
2026-09-16 10:10:21
0
Abg Black :
Dah agat dh 🤣🤣🤣
2026-09-16 10:59:26
0
hj :
ya .....lah
2026-09-16 12:08:33
0
fendyfendy360 :
ikut Sy kerajaan Sy.....Guana kuasa sesuka hati
2026-09-16 06:38:44
0
ALI KARIM :
dah agak dah.....
2026-09-16 03:26:54
0
Talip Haniff :
Allah xtido
2026-09-16 05:28:57
0
ProfNachimani :
2026-09-16 03:05:27
0
Abi :
untuk kepantingan dirisendiri apa pun boleh berubah
2026-09-16 06:54:20
0
wareh SAKB❤️❤️ :
dah agak permainan madanon
2026-09-16 04:07:32
0
Heisqie :
permainan politik truk betul.
2026-09-16 05:13:26
0
Mohd rahimi b Abd aziz :
sebab dia dah msk sblh sn
2026-09-16 08:46:42
0
Rodzi Ismail :
Sebat pru 16 sokong ph abah lepas bro
2026-09-16 06:17:49
0
SA ME :
pastu dakwa buat apa.....suka suka
2026-09-16 07:30:23
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.