@berita.ks: ALOR SETAR, 16 Sep - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa rundingan kerjasama politik antara parti Melayu akan menjadi lebih mudah sekiranya UMNO bersedia memberi ruang kepada PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak. Menurut beliau, pendekatan tolak ansur sedemikian mampu dijadikan sebagai landasan bagi proses rundingan kerusi yang lebih meluas, terutamanya melibatkan empat buah negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) atau gabungan SG4. “Kalau esok mereka datang ke Kedah, Kelantan atau Terengganu, sudah tentu mereka juga mahukan kerusi. Jadi, berilah empat kerusi di Melaka. Mungkin negeri-negeri ini boleh menggantikannya semula,” katanya. Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas saranan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan baru-baru ini yang mencadangkan agar salah sebuah negeri SG4, khususnya Terengganu, mengadakan PRN bagi menguji tahap keikhlasan pakatan politik. “Kalau mereka kata mahu menguji keikhlasan kita dengan mengadakan PRN di Terengganu, saya rasa itu tidak masuk akal," tegas beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Menyentuh mengenai agenda perpaduan ummah, beliau menekankan bahawa inisiatif penyatuan tersebut menuntut kesediaan berkompromi daripada pelbagai entiti politik dan tidak wajar disempitkan kepada penglibatan dua buah parti sahaja. Dalam perkembangan berasingan, beliau turut mengesahkan perancangan untuk mengadakan pertemuan santai secara tidak rasmi bersama barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah, namun menegaskan bahawa soal pengagihan kerusi berada di luar bidang kuasa rundingan peringkat negeri. “Hari ini jumpa dengan UMNO Kedah secara tidak rasmi, minum kopi dan berbual-bual. Soal pembahagian kerusi adalah di peringkat PAS Pusat, bukan negeri. Peringkat negeri tidak mempunyai prerogatif untuk menentukan kerusi,” jelasnya. Kredit foto: Utusan Malaysia #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 03:45:00 GMT
11271
161
15
7

Music

Download

Comments

sting_17
Visitor_1 :
wah 1 kerusi saja setiap negeri SG4? BN besar kot😁
2026-09-16 04:52:37
3
ciku3143
Ciku💯 :
Pastikan PAS lingkup PRU16 InsyaAllah
2026-09-16 07:59:25
0
mrfendiazman
MRFENDIAZMAN :
yg terhegeh² merayu di kaki UMNO tu PAS 😁 sekarng nk jadi abg besar pulak 😂sepatutnya UMNO yg buat pembahagian kerusi
2026-09-16 12:20:07
0
paktongko56_
paktongko56_ :
PN TAK PERLU UMNO
2026-09-16 08:05:23
0
user811690922534572
CikguWanzSps :
Hahaha....tak yah lah 1 kerusi SG 4 tu...4 kerusi lebih bernilai... hahaha
2026-09-16 11:20:31
0
rich_choo97
Richard Choo 97 :
Setuju.. Bukak ko tak semua.. Bincang kasi habis
2026-09-16 03:53:46
0
rangerblue780
rangerblue😎 :
bertanding la disemua kawasan untuk bagi rakyat buat pilihan..itu lebih baik.
2026-09-16 04:33:50
6
yb593
YB :
tandingjerla semua negeri tak perlu kongsi2 menang jadi Abu kalah jadi arang
2026-09-16 07:39:09
0
rimau8433
Rimau8433 :
kalu nk sgt letak je 2 pati ni je bertanding satu lawan satu. tgk siapa dpt sokongan dan keikhlasa sebenar apa mcm. sblm ni dh elok dh penyatuan mula bertaut
2026-09-16 04:49:16
1
warga586
warga58 :
PN TK PRLU UMNO SBB UMNO NI MCM DAP...UMNO BIMBANG DGN POPULARITI PAS SKARNG YG SEMAKIN MNINGKAT MAKA UMNO SGT2 BIMBANG PAS YG MNGUASAI DRPD UMNO DAN UMNO AKAN TENGGELAM.CAYA LAA.24 JAM NEGARA AKN TRUS BRGOLAK TK SDH SUDAH.MASA HABIS DI PERBALAHAN...
2026-09-16 07:59:38
0
meehaijzuwan
Wan Solo :
JANGAN BERI SATU PUN KERUSI PADA UMNO ATAU MANA2 PARTI LAIN, RAKYAT TELAH PILIH PARTI PAS DAN TELAH BERI KEPERCAYAAN PADA PAS... KALAU UMNO ATAU BN NAK , KENA LAWAN, BEGITU JUGA DI MELAKA, SEKIRANYA ADA PERMINTAAN DAN KEPERCAYAAN PA PN ATAU PAS DAN MEMINTA PN ATAU PAS ADA DI SITU, WAJIB LAWAN MERAMPAS KERUSI TERSEBUT !!!
2026-09-16 09:14:24
0
user52728538721631
Radzi Ayob :
lebih baik Pas mula lupakan Umno - nak tumpang populariti Pas dikalangan pengundi tetapi masih berlagak persis Parti Gajah - modal 26 kerusi shj - Umno hanya nak perguna Pas utk tambah bilangan kerusi PRU 16
2026-09-16 07:04:29
2
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About