@beritartm: KLUANG, 16 Sept – Seorang anggota polis cedera selepas terjatuh apabila motosikalnya dihimpit sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika mengejar sekumpulan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes curi kabel di Jalan Dorset, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.45 pagi mengenai kejadian anggota polis rondaan bermotosikal cedera dan bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat. Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian kecurian kabel berlaku pada 1.57 pagi, dengan suspek dipercayai mengikat kabel pada sebuah kenderaan pacuan empat roda. Katanya, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Sebelum ini, tular di media sosial rakaman sekumpulan lelaki menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melarikan kabel dengan mengikatnya di belakang kenderaan berkenaan. Perbuatan suspek berjaya dirakam orang awam sebelum mereka melarikan diri. Penerbit: Rekha Sevaloga Nathan Sumber Foto/Video: Orang Awam Yang sahih di RTM #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Berita RTM
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 07:59:05 GMT
Music
Download
Comments
khan khan :
polis Kluang kuat rasuah
2026-09-16 09:20:10
2
cheeseburgermelelehyoep :
kadang inilh risiko yg di hadapi warga PDRM.. apabila di layan dgn keras mereka di kecam.. sedangkan nyawa mereka pertaruhkan demi nak memberi kita merasa keamanan.. moga warga PDRM sentiasa di lindungi..
2026-09-16 10:01:51
1
𝐑𝐞𝐚𝐥𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐑𝟎𝟏𝟎 :
PDRM dah boleh buat unit khas
2026-09-16 13:48:55
0
كليچف جيڠڬا :
semoga pencuri kabel berkenaan ditangkap polis
2026-09-16 08:12:26
0
hizan :
alah yang cedera tu yang bawahan je nak tunjuk dorg buat keje ...yang atasan siap jaga lagi org curi kabel nie ..yang tahu je tahu ..kalau tak MCM mana dorg beranie buat keje nie ..cuba fikir2 kan ..
2026-09-16 08:50:26
1
shaa92 :
2026-09-16 09:16:41
0
@_BUJANG232🇲🇾 :
👍👍👍
2026-09-16 09:46:49
0
To see more videos from user @beritartm, please go to the Tikwm
homepage.