@berita.ks: GEORGE TOWN, 16 Sep - UMNO menegaskan parti itu tidak terhegeh-hegeh untuk kekal dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, sebaliknya keputusan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) negeri. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH Pulau Pinang pada 8 Ogos lalu, termasuk mengekalkan wakil BN dalam pentadbiran negeri sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau berkata, keputusan berkenaan selaras dengan persefahaman kerjasama yang terbentuk ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 2023, justeru mempersoalkan tindakan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang hanya kini mempertikaikan kedudukan UMNO dalam kerajaan negeri. “Jadi sekarang kita nak tanya Guan Eng, kenapa baru sekarang bising? Kenapa baru sekarang nak mempertikaikan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Pulau Pinang. Kalau benar tidak mahu UMNO, kenapa keputusan PH Pulau Pinang sebelum ini masih mengekalkan kerjasama dengan UMNO?” soalnya. Mohd Hilmi turut menegaskan UMNO tidak gentar sekiranya PH Pulau Pinang mahu menamatkan kerjasama tersebut, malah tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk mempertahankan kedudukannya. “UMNO tidak perlu takut dengan ugutan atau cabaran sesiapa. Kalau mahu keluarkan UMNO, keluarkan. UMNO bukan terhegeh-hegeh mahu kekal dalam Kerajaan Pulau Pinang. “Kalau mahu lawan, silakan, kami bersedia. Yang penting, jangan main politik ugut-ugut,” tegasnya. Ketika ini, UMNO diwakili Datuk Rashidi Zinol sebagai Exco Kerajaan Pulau Pinang yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 08:15:07 GMT
Music
Download
Comments
afero :
kick out the bloody sakau umno
2026-09-16 09:59:38
0
fauziabdaziz :
Xde umno pn depa tetap blh tubuh kerajaan... Sape ygvterhegeh2 nk jd kerajaan
2026-09-16 12:02:04
1
otai pencen :
CM dah jawab...Umno tak perlu lebih2..
2026-09-16 11:59:36
0
Chikbro :
Ugut
2026-09-16 11:24:19
0
LizaRatib :
munkin ada golongan tertentu cuba nak melag laga kan perpaduan di pp...
2026-09-16 09:44:14
0
suaib :
umno balik bersama pas benamkan dap.bn ada mca.pastikan dap kalah teruk.dap tetap dap.
2026-09-16 09:15:41
0
Samuel Abraham :
tendang keluar UMNO
2026-09-16 09:44:48
0
LizaRatib :
bn umno dari dulu dah bias jerjasama ,, dengan parti gerakan,,di beri peluang nenjadi ketua mentri,,rasa x ada masaalah jerja sama ph..
2026-09-16 09:32:11
0
LizaRatib :
yang masaalah nye,,bile pn bersatu menag besar di prn, menjadi kan politik huru hara..,,akhir nye bn dan ph dap kerjasams..
2026-09-16 09:40:18
0
MohdNasrullah Khadijah :
Asyik cabar mintak dikeluarkan aja ni kenapa?
2026-09-16 09:11:35
2
razali :
dah memang UMNO tak boleh menang pun pp..tak payah la pemuda UMNO sembang kencang dang..UMNO ni tunggu masa melingkup ajer..
2026-09-16 09:44:16
1
user4395067138835 :
terowong rahsia mana
2026-09-16 09:22:07
1
Francis Phang :
Enough of power greed, playing racist game party,
2026-09-16 12:11:57
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.