@rafiziramli: Ulasan lanjut berkenaan pelajar Malaysia daripada laporan Programme for International Student Assessment (PISA) 65% pelajar 15 tahun tak lepas tahap asas matematik Satu dolar Singapura bersamaan tiga ringgit. Kalau ada empat puluh dolar Singapura, dapat berapa ringgit? Dua daripada tiga pelajar Malaysia berumur lima belas tahun tidak boleh jawab soalan itu. Enam puluh lima peratus. Soalan tukar duit itu bukan soalan saya reka. Itu contoh yang OECD sendiri bagi untuk terangkan apa maksud tahap asas. Level 2. Tahap paling rendah yang mereka ukur. Ini pelajar Tingkatan Tiga. Tahun depan mereka ambil SPM. Bacaan pun sama ceritanya. Lima puluh enam peratus di bawah tahap penguasaan minimum. Bila saya baca laporan macam ini, saya tak tengok markah. 393 ke, 397 ke, itu nombor je. Yang saya tengok berapa ramai yang tak sampai paras asas. Purata OECD pun jatuh, daripada hampir 500 ke sekitar 470, dan kerajaan mereka panik. Bezanya, pada 470 pelajar mereka masih boleh jawab soalan tukar duit itu. Kita dah merangkak sebelum jatuh. Laporan PISA 2025 ini 377 muka surat. Dua kali ganda lebih panjang daripada laporan RCI Tabung Haji. Itu sebabnya tak ramai baca - itu sebabnya angka macam ini boleh lalu tanpa disoal. #sistempendidikan #bersama #laporanpisa #yangberhentimenteri #kementerianpendidikanmalaysia
Rafizi
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 11:52:27 GMT
Music
Download
Comments
ALIM :
This is very sad. Where does the problem lie? In the students, teachers or system?
2026-09-16 12:21:17
12
Hotpotfqll7474 :
We are doomed
2026-09-16 14:19:33
0
humeiy :
bukan setakat Salah kementerian or guru je..kesalahan juga pd ibubapa. ramai ibubapa lemah bg anak2 gadget ko bg kedai makan, setiap meja makbapak bg anak2 HP. paling aku annoying. ada doktor cakap, ko scan otak budak2 sekarang, otak depan dh lompong. patutlah contoh anak buah aku soalan kena berfikir sedikit, takleh bg solusi. lepas tu, takde gadget, tak kreatif nak buat aktiviti tanpa gadget
2026-09-17 01:39:52
4
Mopiko :
Pd sy la,puncanya sistem TP ni. Dia mudah dipengaruhi emosi cikgu. Sy tk salahkan cikgu, saya salahkn sistem. Darjah 5,6 math TP5@6. Bila masuk form 1, baru lah sedar ank jauh ketinggalan dalam memahami matematik.
2026-09-16 15:18:04
1
ikhwanr2022 :
kat mana la diorang jumpa dan select student yg menjawab ni?? 🥺
2026-09-16 15:18:45
0
Turan Madon :
terbaik penerangan yang diberikan oleh RR
2026-09-16 12:10:09
1
DND :
2026-09-16 12:44:50
1
ikhwanr2022 :
kita ni beg berat, silibus padat dan banyak, tapi boleh kalah dengan UK dan Australia yg mana sistem pendidikan mereka jauh lebih mudah dan senang dari kita. Terbukti tambah banyak dan susah tak semestinya tambah baik.
2026-09-16 15:21:29
0
ARIFFHAMID :
👍👍👍
2026-09-16 12:10:18
0
ajabaramin :
💪💪💪
2026-09-16 19:12:40
0
To see more videos from user @rafiziramli, please go to the Tikwm
homepage.