@xera.picks: 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐈𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀: 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓 (558 pages) TEASER 1 “Cikgu Dina!” laung Hud riang sebaik sahaja ternampak Irdina. Dia terus melepaskan tangan Tuah dan berlari mendapatkan cikgunya. Tuah membiarkannya berlari dahulu. Namun, langkahnya baru beberapa tapak apabila suara Hud kedengaran semula. “Cikgu, pak ngah kan dia su....” Belum sempat Hud menghabiskan ayat, Tuah pantas menekup mulutnya dari belakang. Dia menggeleng sambil merenung tepat ke mata Hud. Jelas sekali renungan amaran itu tidak perlu diterjemahkan. Hud faham, tetapi mukanya terus berkerut. Jelas dia tidak puas hati rahsianya disekat begitu sahaja. Irdina yang melihat gelagat mereka terlepas ketawa. “Eh, pak ngah hantar Hud hari ni? Mana abi Hud?” “Kakak aku bersalin malam tadi. Still kat hospital. Itu yang aku hantar dia hari ni.” Tuah menjawab bagi pihak Hud sebelum budak kecil itu sempat membuka mulut semula. Hud pula sudah berlari masuk sebaik sahaja ternampak beberapa orang rakannya sedang bermain di dalam. “Oh, tahniah!” Sempat Irdina mengusap kepala Hud yang semakin menjauh. “Lelaki ke perempuan anak buah baru kau?” Matanya membuntang, senyuman tidak lekang daripada bibir. Dia memang tahu kakak Tuah bakal menimang cahaya mata. “Lelaki lagi.” Jawapan Tuah kedengaran biasa, tetapi matanya sempat melirik ke arah lelaki yang masih berdiri di sebelah Irdina sebelum kembali memandang perempuan itu. “Ada genglah Hud lepas ni.” Irdina turut memandang ke arah Hud yang sudah bersama rakan-rakannya. Tuah mengangguk. Kemudian dia mencapai helmet. “I pergi dululah. Habis kerja nanti call I. I ambil you, kita gerak sekali.” Lelaki di sebelah Irdina itu kemudian meminta diri sebelum menghulurkan tangan kepada Tuah. “Pergi dulu, Tuah.” Tuah menyambut huluran tersebut. Genggamannya sekadar cukup untuk bersalaman, tetapi pandangannya tajam menikam mata lelaki itu. Tiada sepatah kata keluar, apatah lagi senyuman. “Hati-hati, Taufiq,” pesan Irdina apabila lelaki itu mula melangkah pergi. Taufiq menoleh dan menghadiahkan senyuman manis kepadanya sebelum meneruskan langkah. Tuah hanya memandang. Muka manis macam tu pun boleh buat orang nak muntah. Matanya terus mengikut langkah Taufiq sehingga lelaki itu masuk ke dalam keretanya. Kening Tuah berkerut. Ada sesuatu tentang kemunculan lelaki itu yang membuatkan fikirannya tidak sedap. “Apa hal dia tu? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba muncul balik.” “Dia datang nak jumpa aku.” Irdina turut memerhatikan kereta Taufiq yang sudah mula bergerak sebelum kembali menghadap Tuah. “Kenapa?” Irdina mengangkat bahu. “Entah. Dia kata saja.” Jawapan itu membuatkan Tuah terdiam seketika. Dia memandang Irdina, kemudian kembali menjeling ke arah kereta Taufiq yang sudah semakin jauh. Ada sesuatu yang ingin ditanyakannya, tetapi akhirnya dia membiarkannya sahaja. “Okeylah. Aku gerak pergi kerja dulu.” Tuah menyarungkan helmet ke kepala dan membuka sedikit visor. Sebelum memakai sarung tangan, dia sempat memandang Irdina sekali lagi. “Assalamualaikum.” “Waalaikumussalam. Hati-hati bawa motor tu.” Irdina menghadiahkan senyuman sebelum Tuah menghidupkan motosikal. Tuah membalas senyuman itu. “Tak payah risaulah fasal aku.” #indahirdinacintayangterlewat #side #ebookviral #fypシ゚viral #ebookbestseller
Xera
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 14:30:00 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @xera.picks, please go to the Tikwm
homepage.