@nurul_syamimi9288: Part 1 Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. 🤍 Wahai anak… tiga bulan yang lalu, kamu pernah menjadi perhatian ramai. Semuanya bermula dengan kisah patukan ular. Kamu dirawat di hospital selama empat hari dan ketika itu kamu kembali pulih. Kamu sudah boleh makan, minum, membaca sendiri dan wajahmu kembali ceria. 🤍 Kamu malah sudah tidak sabar mahu pulang ke kampung. Sebelum pulang, kamu sempat meminta satu janji daripada abahmu… Kamu mahu abah bawa kamu berjalan-jalan mengelilingi Ipoh. Mahu tengok bandar Ipoh, mahu melihat suasana di luar dan menikmati dunia kecilmu bersama abah. Siapa sangka, janji kecil itu akhirnya menjadi kenangan yang paling dalam buat abahmu. 😭 Selepas itu, perjalananmu berubah begitu cepat. Berlaku satu kejadian yang sehingga hari ini masih diperjuangkan dan dicari jawapannya oleh abahmu. Selepas kejadian itu, keadaanmu mula merosot. Jantungmu terhenti dan CPR diberikan selama kira-kira 15 minit. Selepas tersedak susu sehingga susu masuk ke paru-paru, keadaanmu menjadi sangat kritikal. Oksigen tidak sampai ke otak dengan sempurna dan akhirnya saraf otakmu mengalami kerosakan yang sangat teruk. Anak yang dahulunya boleh makan, minum, membaca dan tersenyum akhirnya terpaksa berjuang hanya untuk terus bertahan. 😭 Hari berganti hari. Tubuh kecilmu terpaksa melalui rawatan demi rawatan. Belum sempat satu ujian berlalu, kamu pula diuji dengan masalah lain.Tubuhmu memberikan reaksi terhadap ubat sehingga kulitmu berubah dan kelihatan seperti terbakar. Sakit yang tidak mampu kamu ceritakan, hanya mampu kamu tanggung dengan tubuh kecilmu. Dan hari itu juga,hari yang sepatutnya menjadi hari bahagiamu. Hari ulang tahun kelahiranmu. Sepatutnya ada kek, senyuman, pelukan dan doa. Tetapi kamu menyambutnya di atas katil hospital, dalam keadaan sedang sakit dan terus berjuang. 😭 Empat bulan kamu bertahan di hospital. Empat bulan penuh dengan sakit, rawatan, air mata, harapan dan doa. Abahmu tetap bertahan.Terus mencari jalan.Terus berharap.Terus percaya suatu hari nanti kamu akan kembali seperti dulu.. Sebenarnya abah tidak mahu kamu dipindahkan ke Hospital Gerik.Bukan kerana abah tidak mahu kamu pulang ke kampung, tetapi kerana abah masih memegang janji dan harapan daripada doktor yang merawatmu sebelum ini bahawa kamu akan terus dipantau dan dirawat untuk tempoh yang panjang di bawah pemantauan doktor pakar. Abah masih percaya akan ada masa untuk kamu pulih. Masih percaya akan ada hari kamu membuka mata dengan senyuman,membaca semula, makan dan minum seperti dahulu. Dan mungkin… masih percaya akan ada hari untuk menunaikan janji kecil yang pernah kamu minta. Berjalan-jalan melihat bandar Ipoh bersama abah. Namun akhirnya keadaan menentukan kamu perlu dipindahkan juga. Ketika itu abah sedang menguruskan barang-barang dari Ipoh untuk berpindah kembali ke Gerik.Banyak yang perlu diselesaikan,tetapi hati seorang abah tetap tidak pernah jauh daripada anaknya. Rindu dan berat hati membuatkan abah mengambil keputusan untuk pulang juga,semata-mata mahu berada lebih dekat denganmu. Abah sangka masih ada waktu… Tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya. 🤍😭 Hanya dua hari kamu sempat berada di Hospital Gerik..Dua hari sahaja… Dan pada saat yang tidak pernah disangka, bergetar seluruh tubuh mak cikmu ini apabila menerima berita daripada doktor bahawa Ridzwan sudah tiada.😭 Anak yang selama ini dikelilingi doa,harapan dan perjuangan,akhirnya pergi. Dan yang paling menyayat hati,abahmu belum sempat berada di sisimu pada saat-saat terakhir. Bukan kerana abah tidak mahu menemani.Bukan kerana abah tidak sayangkan kamu. Tetapi keadaan ketika itu membawa kepada satu detik yang tidak pernah terbayangkan. Hanya doktor dan jururawat yang menemanimu pada saat-saat terakhir. Tiada abah di sisi.Tiada tangan abah yang sempat menggenggam tanganmu untuk kali terakhir.Tiada pelukan abah ketika kamu pergi. Betapa luluhnya hati seorang abah apabila anak yang selama ini diperjuangkan pergi ketika dirinya tidak sempat berada di sisi. Mungkin sampai bila-bila abah akan teringat…

♡ ᪲᪲᪲ᥫ᭡𝕄𝕖𝕞𝕖𝕪ִֶָ🦋་༘࿐
♡ ᪲᪲᪲ᥫ᭡𝕄𝕖𝕞𝕖𝕪ִֶָ🦋་༘࿐
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 13:50:16 GMT
307828
6391
327
323

Music

Download

Comments

baitiriza
baitiriza :
innalillahiwainnailaihirajun, selalu teringat adik ni sejak kes tu . puas saya cari utk tahu update terkini dia , tahu2 fyp adik ni dah takde😔 syurga tempatmu dik. Allah lebih sygkn awak dik🥹
2026-09-17 03:53:00
120
tabbymok
@cikbunga.kertas :
Allahuakbar.. maaf bertnya adik ni bgaimana keadaanya ea.. lama dh tgok tt nie.. bca komen mcm adik ni dh xde… maaf kalau sy trslh ckp
2026-09-17 00:27:06
22
ciktie73
rezekiciktie :
Innalillahhiwainnailaihirojiun..Allahhuakhbar..syurga buat mu dik insyaallah amiinn
2026-09-18 04:20:14
9
punjaga35
punjaga lara :
Allahuakbr.. sy pn Penh bce kish adik ni... kcian kt Adk.. tkplh Adk dh xskit Adk dh bhgia kt sne.... slm tkziah utk keluarg arwh... ayh Adk ni pasti sedih sgt2 kn
2026-09-17 06:35:19
10
deanayusoff
D E A N A yusoff🫧 :
sy bru kehilangan anak 9/9/26 . sakitnya tkboleh di ungkap sb kita ibu yg mengandung , melahirkan membesarkan dia .. tp sy lagi sakit tengok dia sakit berjuang , sy redha dia pergi sekurang2nya dia tak sakit dah , sempurna dah dia kt sana 🤍 moga puan dan suami dikuatkan semangat juga ats kehilangan ini . aamiin
2026-09-17 04:05:34
23
bunga.september9
Bunga September :
baru fyp pd sy..salam takziah ye.
2026-09-20 15:24:12
1
_sujud._
AUS :
Allahuakbar... Al fatihah adik ridzwan bermain main lah di taman taman syurga... Tanpa rasa sakit dan berbahagialah di sana... Aminnn
2026-09-17 13:29:17
7
firnatasyaini
@inie :
Allahuakbar 😭😭 Al-fatihah buat anak syurga..
2026-09-21 01:58:43
1
mushito1
mushito1 :
Innalillahi hewainna elaihirojiun..salam takziah UTK ibu ayah NY ..semoga dipermudahkan segal2 urusan 😭😭😭
2026-09-19 14:02:40
0
fzlifa
Effa :
Salam takziah kak
2026-09-21 00:36:51
1
azrin1980
Azrin1980 :
trcari cari juga kemana adik ni x lalu,,rupanya sudah kbali pada penciptaNya ,Al fatihah dibaca tuk adik inj smoga rohnya ditmptkn disyurga trtinggi aamiin
2026-09-18 05:15:43
1
zeylla_zillocchi47
Zeylla Zillocchi :
lma X tgok vtt adik ni..tapi...😔
2026-09-17 06:32:17
1
dilla_0719
❤_Dilla719_🌷 :
sya ada tgk kes adik ne kena patuk ular.. tunggu² jugak kalo ada update.. tapi hari ini, x sangka update pasal arwah dah meninggal.. Al fatihah, syurga mu adik..
2026-09-17 04:36:11
5
zulaizaazliza
zulaizaazliza :
al Fatihah buat arwah.
2026-09-18 04:54:29
1
norainihan_nie
𝙷ᵃⁿ𝙽ⁱᵉ :
salam takziah
2026-09-17 13:17:21
1
dafcrintn
kau dan aq :
Al-Fatihah buat ank syurga smga fmly tabah ats khlngn org tsyg wlu pn berat😢😢
2026-09-19 17:15:07
3
mairah1722
mairah🧸✨️ :
2026-09-17 07:21:49
0
daun.hijau8429
farizann :
slm takziah. smga kuat sekelurga .sy yg bca pun sedih...inilah ksh syg Allah..yg kta x thu..rahmtnya...
2026-09-19 04:46:26
1
m.syuhairi_ck
Syuhairi :
🥹🥹🥹 adik wan dah x sakit skrg sbb adik wan dah bermain ditaman syurga.
2026-09-21 08:41:41
1
azlinasahlan
Aᴢʟɪɴᴀ Sᴀʜʟᴀɴ | ᴘԍ :
Salam Takziah , Al Fatihah untuk anak syurga. sebelum ni pernah fyp. turut Berdoa kesembuhan untuk Arwah Masa ni.
2026-09-17 08:33:21
1
_zws05
_zws05 :
😭😭😭 syurga tempatmu duhai anak
2026-09-18 04:15:52
1
miow_nina
nina miow :
Allahuakbar... adiikkk🥺,ko x hilang terus dik,tp ko mandahului kami bertemu pencipta ..takziah untuk seisi keluarga🥺
2026-09-17 05:46:45
2
azhhhhhhhhhhhhhhhhhhk
A :
ya Allah sembuhkan lah adek ini🤲🤲🤲🤲
2026-09-17 05:40:39
1
pakejmurah_nanaagent
Dewi Travel People :
Innalillahiwainailahirajiunn utk adik. Smoga berbahagia di syurga terindah dik
2026-09-18 10:41:15
1
lilykana_
lilykana_🕊️ :
Allahu.. Al-Fatihah.. syurga tmptmu wahai anak 🙏😢.. bermainlah kamu di taman syurga bersama anak aunty (Aariq Azfar Bin Roy Azman)🥹
2026-09-17 02:31:04
2
To see more videos from user @nurul_syamimi9288, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About