@uglykidjoe80: Gambar ini dirakam selepas kertas terakhir SPM tahun 1998 selesai dijalankan, waktu kawan2 sibuk bercakap tentang kolej, universiti, maktab dan masa hadapan. Aku cuma tersenyum menutup perasaan. Kerana ketika mereka sibuk memilih tempat melanjutkan pelajaran, aku sudah memilih utk terus bekerja di kilang demi kelangsungan sebuah kehidupan. Bukan kerana aku tak mahu belajar. Bukan kerana aku tak punya impian. Tapi di rumah masih ramai adik yg perlukan perbelanjaan, kakak pula sedang belajar di universiti dgn seribu keperluan. Aku tahu keadaan mak. Aku tahu keadaan abah. Aku tahu setiap ringgit masuk ke rumah sudah punya tujuan. Jadi apabila surat tawaran datang, aku diam-diam sorokkan semuanya daripada pengetahuan. Dalam hati aku berkata, “Cukuplah kakak belajar… biarlah aku bekerja untuk meringankan.” Aku sangka itulah pengorbanan. Aku sangka berhenti mengejar cita-cita adalah sebuah kematangan. Aku sangka menjadi anak yang baik bermaksud menelan sendiri segala impian. Sehinggalah satu hari, mak tahu tentang surat-surat tawaran. “Kenapa tak nak sambung pelajaran?” Aku diam menahan perasaan. “Nanti byk nk pakai duit mak” “Adik nk sekolah lagi perlukan perbelanjaan.” “Kakak pun tengah belajar lagi.” Mak terus marah dalam tangisan. “Bab duit biar mak fikirkan!” “Jangan sibuk fikir benda yang bukan tanggungjawab kamu seorang!” Aku masih berkeras. Dalam hati aku marah juga pada mak. Kenapa mak tak faham? Aku cuma tak mahu tengok mak makin terbeban. Aku cuma mahu membantu kehidupan. Tapi aku tak tahu, mak sedang melihat jalan yang aku sendiri belum mampu lihat di hadapan. Akhirnya aku mengalah. Aku cari tempat yang paling kurang membebankan. Dan pilihanku ke UiTM kerana yurannya paling mampu dalam perkiraan. Hari aku melangkah pergi menyambung pelajaran, aku masih membawa rasa bersalah dalam perjalanan. Aku fikir tentang duit. Aku fikir tentang adik-adik. Aku fikir tentang mak yang pasti sekali lagi terpaksa mencari jalan. Tapi mak tak pernah tunjuk ketakutan. Dia cuma mahu aku terus berjalan. Bertahun-tahun kemudian barulah aku faham, ada masa seorang anak menyangka dia sedang menyelamatkan keluarga dengan mengorbankan masa depan, sedangkan seorang emak sedang bertarung supaya masa depan anaknya tidak menjadi korban keadaan. Kalau waktu itu mak mengalah pada keputusan aku, mungkin hidup aku berhenti di kilang itu. Mungkin dunia aku sekadar kampung dan perjalanan yang sama setiap hari. Mungkin aku tak pernah mengenal universiti. Tak pernah mengenal dunia luar. Tak pernah sampai ke tempat-tempat yang dahulu hanya mampu aku lihat dalam gambar dan bayangan. Dan setiap kali aku terkenang pertengkaran itu, aku terasa mahu kembali memeluk mak dalam tangisan. “Mak… rupanya waktu org fikir mak sedang memaksa, mak sebenarnya sedang menyelamatkan seluruh masa depan” Dulu aku marah kerana mak menolak keputusan. Hari ini aku bersyukur kerana mak tak membiarkan aku tenggelam kerana salah perhitungan. Sebab ada simpang dalam kehidupan, yang sekali kita tersalah memilih jalan, bertahun-tahun diperlukan untuk mencari semula arah perjalanan. Dan kadang2 ketika kita terlalu muda untuk melihat penghujung jalan, Tuhan hantar seorang emak untuk menjadi penunjuk arah dalam kegelapan. Hari ini gambar tahun 1998 itu masih membawa satu peringatan, budak dalam gambar itu pernah hampir menguburkan impian, hanya kerana menyangka kemiskinan sudah menentukan seluruh perjalanan. Nasib baik ada seorang emak yang berkata, “Tugas kamu belajar, yg lain biar mak fikirkan” Perkataan yang waktu itu terasa seperti paksaan, rupa-rupanya menjadi pintu kepada seluruh kehidupan. Dan hari ini aku belajar satu pengajaran, jangan cepat menguburkan masa depan hanya kerana hari ini terasa penuh kesempitan. Kerana kita melihat kesusahan dari tempat kita sedang berdiri, tetapi seorang emak kadang-kadang sudah nampak sejauh mana anaknya mampu pergi. Kalau hari itu aku berhenti di persimpangan, mungkin sampai hari ini aku masih sesat mencari haluan. Kerana kadang2, satu keputusan seorg emak, mampu menyelamatkan seluruh masa depan seorg anak.
Abd Mutalib Abd Gapar
Region: MY
Wednesday 16 September 2026 14:04:03 GMT
Music
Download
Comments
Mr Zack🇲🇾 :
Aku rasa untung jika ada mak ayah yg mampu bagi duit belanja utk belajar... Aku start tingkatan 1 semua barang sekolah baju yuran buku2 aku cari sendiri kerja bila cuti sekolah.. Kerja kilang Batu bata.. Ingat masa form 1..baju sekolah kasut aku beli buku baju2 masuk asrama mak belikan.. Tapi masa form 1 lah masuk form 2 dah badan dah besar sikit kerja dapat gaji lebih sikit.. Sampai tingkatan 6..dapat Politeknik x nk pergi tapi akak suruh g juga.. Akhirnya ambik sijil senibina. Abis kerja 1tahun sambung itm.. Guna duit gaji kongsi dgn adik. Masuk itm yg sama. Alhamdulillah hampir nk berhenti itm sbb x ada duit sbb course senibina banyak pakai duit.. Alhamdulillah Abis juga.. Dan kawen sambung degree part time. Master Dan PhD semua part time. Alhamdulillah baru abis PhD tahun lepas 2025.
2026-09-17 11:01:57
1111
Ariesroses :
awak beruntung. Mak saya semua xboleh.. wlu pon kolej komuniti dekat umah. byk tawaran sy dpt. tp semua Mak xizinkan masuk..so byk impian saya x terlaksana... tp sy x menyalahkan Mak ayah saya..sy redha dalam sedih.. sy cuba pikir y baik2 saja wlu hati saya sedih..xpelah Mak. org xsalahkan Mak.. al fatihah Mak..
2026-09-16 23:15:14
668
Ziana8611 :
ya saya pun kerjaya yang mak pilihkan.terpilih untuk matrikulasi program setahun dan uitm..tp ayah kata xpayah.matrikulasi utk pelajar pandai je dan uitm ayah kata menyusahkan jauh dan byk pakai duit.akhir saya akur dgn kata mak.pergilah belajar di kolej swsta sebagai jururawat yg menawarkan ptptn berserta elaun dr pinjaman.yuran rm100.sy akur dgn pilihan emak.apa lagi pilihan yg sy ade sbg anak yg masih harapkn duit tanggungan dr ibu bapa.tp sy lalui dgn redha.alhamdulilah sy telah jd jururawat dalam specialiti kimo dan kanser 14 tahun.terima kasih mak sbb perjalanan sy mudah ketahap ini.walaupun bukan lah kerjaya yg wow tapi sy harap perkhidmatan sy pada mereka yg sedih saat sakit Allah ganti dgn kemudahan urusan hidup sy.ptptn pun sy dah selesaikan awal😊terima kasih emak.
2026-09-16 21:40:59
613
KEK KAK EKIN :
@KEK KAK EKIN: Tuan kita terbalik. Sy dpt tawaran ke universiti. Tapi abah tak bagi pergi.Katanya perempuan belajar tinggi2 akhirnya ke dapur juga. Saya berkeras nak pergi juga. Akhirnya abah merelakan dalam tangisan. Saya tahu abah berat nak lepaskan satu2nya anak perempuan tinggal berjauhan dengan keluarga. Tapi saya pergi dengan tekad nak ubah nasib keluarga. Alhamdulillah 20 tahun berlalu. Saya ada segalanya yang saya impikan. Tapi abah sudah tiada. Abah pergi tanpa sempat melihat kejayaan anaknya.Terkadang rasa ralat. Tapi saya pujuk hati. Tiap sumbangan/sedekah saya niatkan atas nama arwah abah. Moga abah dapat juga merasa walaupun bukan di dunia nyata.
2026-09-17 11:48:59
159
villaalyana :
Sebak saya baca… hilang kata kata… anak yg patuh dan taat, Alhamdulillah semoga anak lelaki saya pun begini, tolong aminkan huhu🥺🥺🥺
2026-09-16 14:50:44
189
Hisham | Ikhtiar Sihat :
Alhamdulillah... saya SPM 1990, aggregat 12, saya 'terpaksa' tipu cikgu dan kawan2 sekolah, saya kata salah isi borang, sbnrnya satu borang apa pun tak isi😄, ada cikgu beriya-iya nak tolong buat rayuan, sbb suami ada yg prof dkt IPTA, saya kata takpe lah, ambil STPM saja, sbnrnya saya tak nak menyusahkan sesiapa termasuk ibu ayah dan guru-guru saya ... lepas STPM, lulus 5 P- 66 point, sambung UM, Alhamdulillah syukur, 2 minggu lepas STPM terus kerja mcm-mcm kat KL, last day kerja Jumaat, Sabtu balik Kampung, Ahad daftar balik UM, dapat lah kumpul modal belajar RM 8000++... buat survival kat UM, dari thn 1 smpi habis, sara diri sendiri jadi ROTU dan mcm2 lah, asal jadi duit, mak ayah saya duk kampung tak payah pening-pening kepala, anak dia terus berjuang mcm biasa .. doa mereka maqbul..saya grad thn 1997, kelas ke2 tinggi - not bad lah .. walaupun sibuk cari duit nak survive 😂👍...tq Allah tq ibu ayah and my friends asspecially my wife- dulu teman ehem2 kat U🫰.... skrg since 1998 saya berniaga sendiri saja.. janji happy, anak2 saya pun skrg dah habis bljr U seorang, tvet seorang.. dah jadi tokey sendiri....mudah! belajar di ipta utk ilmu dan jadi manusia berguna. No. 3 masih di USIM, sama juga ....bljr dan jadi taukey dlm masa yg sama .. no. 4 baru nak exam STPM .bln 11 ni...
Tq semua... luv you all ... very inspired dg kisah perjuangan korang semua 🫰❤️
2026-10-02 02:11:32
8
. :
tahun abg ni mmg sesuai smbung belajar
kalau zaman skrg ni saingan ramai
kene plih saluran yang betul
kalau tak sijil2 tk bernilai
kesian pada yg brtahun2 belajar
2026-09-17 09:08:32
40
Shalfarina :
1998..habis SPM saya ambil keputusan bertunang. Mak tanya X nk sambung belajar Ke? Kan dah isi permohonan UITM. Tanpa Mak Abah tau, saya sorok surat tawaran. Sebagai anak sulung waktu tu. Abah kerja kampung. mak pula suri rumah. Dlm fikiran cuma 1.. x nak susahkan mak Abah. nnti adik2 mcmne klu saya pergi sambung belajar. Org nampak Kita gatal kahwin awal. tp waktu tu, itu pilihan terbaik yg saya ada. Alhamdulillah, sekarang anak sulung saya dh grad. Anak Ke 2 bakal menyusul. Syukur Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya utk beri peluang saya tgk anak2 berjaya kemenara gading. Sambung cita2 saya suatu masa dulu. Tak pernah saya menyesal dgn pilihan saya sbb saya tau, rezeki Kita semua Allah dah susun ❤️
2026-09-20 17:08:35
74
putericili🤓 :
SPM thn yg sama..masa ni economy down, hati nk smbg belajar tp mana nk cekau duit permulaan. beranikan diri jln srg diri di kwsan perindustrian satu2 tanya ada keja kosong x.hingga suatu hari bln 9 atau 10 iv di kilang Solectron Seberang Perai. yg dtg iv mcm lautan manusia sb ramai yg kena berenti masa tu.nekad cuba nasib slps tawaran pertama bbrapa institusi ditolak krn kekangan duit. ms iv org tu tanya kenapa nk keja kilang dgn result gini.saya jwb saya org susah en x mampu smbg belajar.alhamdulullah rezeki dpt jd operator pengeluaran wanita. dpt pakai mcm kot doctor hehe,3 hari training siang, hari ke 4 keja mlm.masa tu xtau nk ckp mcmna dgn mengantuk bunyi bising mesin.tp nekad nk kumpul duit.12 jam berdiri smpi tapak kaki mkn air tp terus nekad kumpul duit.gaji pertama dpt beli mesin basuh manual utk mak.bln 12 dpt intake uitm.1st batch uitm.x sangka 2 pilihan masa isi borang both dpt cuma satu yg rasmi satu biasa.ntah la dulu kan.1st satu Diploma Mikrobiologi di Shah Alam (rasmi) 2nd Diploma Perakaunan di Perak.Pak suh pilih di Perak sb dkt,risau ank sulong dia kecik (143cm & 20kg+). Alhamdulillah walaupun msk tanpa basic acc,berkat doa mak & pak saya berjaya.dan berkat kerja selama lbh kurang 3 bln di kilang solectron duit tu la buat belanja masa belajar diploma dulu (ptptn dpt under mikrobiologi sb guna no kad matrik utk cos mikrobiologi masa isi borang ptptn sb yg accountancy bkn tawaran rasmi). So xtau nk buat mcmna so biar begitu saja dan sb tu jimat cermat duit yg dikumpul selama 3 bln tu.
Dan nk ckp.. sblm keja kilang terus terang saya agak negatif,tp bila bekerja di kilang byk yg positif sbnrnya semuanya bergantung kpd diri sendiri.di solectron saya knl pergaulan yg positif,kerjasama & lain2.selain tu apa yg dipraktik di situ rupa2nya byk subjek yg saya belajar ada intipati masa di kilang.
Alhamdulillah.... Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihi....
2026-09-18 10:11:35
28
H4n4 :
Parents should know their child ada hak utk msa dpan mreka. Better jgn lahirkn rmai2 ank lpstu susahkn ank sdri utk tampung seluruh kluarga. Sdgkn tiap ank tu berhak utk create their own future. Not fair. Jgn hrpkn ank utk tampung khdupan org tua, smpi ank tpksa kbur msa dpan mreka sdri.
2026-09-17 00:00:38
69
wildflower :
aku SPM 1999, semangat nak sambung form 6, tp abah kata beban keluarga berat..dan abah minta aku kerja bantu keluarga...aku turutkan dengan satu tekad..aku katakan padanya..sebelum.abah tutup mata aku pasti akan genggam diploma..aku tunai kan itu pada tahun 2014..aku graduated pada usia aku awal 30an ..saat abah stroke..usai graduated ceremony abah tinggalkan keluarga dan aku satu satunya anak yg tidak sempat pulang..kerna berkhidmat di pedalaman.tiada talian...aku lepaskan abah utk disemadikan saat aku dalam perjalanan pulang..berniat utk sambung degree tp trauma takut kehilangan satu lagi permata hati aku...mungkin sampai sini sahaja kemampuan aku..kini aku menjadi tulang belakang keluarga kerna adik beradik yg lain sudah berkeluarga..aku anak ke4 dr 5 beradik..aku sygkan keluarga aku..biarlah aku berkhidmat mana yg perlu utk keluarga sehingga ujung nyawa..
2026-09-16 21:18:08
164
NHasshila :
Alhamdulillah rezeki masing2..mcm sy hbs sijil IKM..sy nak sambung diploma (cukupla sekadar tangga basic utk kerja yg gajinya selesa) tp mak xbg katanya duit dia da hbs kat sy belajar..tp sy terfikir,hbs ke sy tp sy belajar makan minum,tempat tinggal MARA taja,siap elaun sara diri..kalau belanja sendiri pon cuma assignment sikit,barang keperluan diri sikit,ade ballance baru la dpt beli makan sedap sikit kat cafe IKM,tu pon biasa je nasi goreng ke,roti telur ke..bile dapat elaun lebih sikit,ade la sekali keluar jalan2 area Danga Bay ke,City Square ke..tu pon bukan beli apa2..dpt cuci mata release tension..kdg kwn2 1dorm beli KFC kita terus g bilik TV tengok tv sorang2.dan sebenarnya duit mak hbs belanja kat anak tiri die yg study ijazah kat kolej swasta..tiap2 minggu mintak rm200..ntah la..nak kecik hati pon xboleh sbb die mak..sekarang nak kerja pon paling rendah banyak nak diploma ijazah..sudahnya surirumah je la😅
2026-09-18 00:51:33
17
HALWA MASKAT :
tahniah.....Sy terpaksa mengalah.. korban kan byk benda dek kekurangan dlm keluarga..jika dulu rasa dunia mcm tak adil..kini dewasa faham....ada manisnya apa yg Sy korbankan.Allah lebih tahu.x bole nk huraikan sgt nati "mata pedih"
2026-09-27 23:52:15
7
hamidah :
kita sama…saat ayah minta kerja, nak diturutkan, mak pula diam2 minta sambung belajar…dan gaji sy sekarang, selagi ada, ianya utk mak…
2026-09-21 08:50:35
7
Udet81 :
geng 81 hadir 🤝🤲
2026-09-17 14:06:23
6
Aish Zuha Zayyad :
Saya dlm situasi itu.. Sy cakap kat Anak tugas SEBAGAI Anak "BELAJAR" Soal duit biar Ummi Dan Ayah usahakan. Bukan Untuk Sy tapi Untuk Masa depan dia SEBAGAI "ANAK LELAKI"
2026-09-16 22:43:46
26
imah :
makcik dulu mcm awak ..tahu kemampuan org tua.. memilih kerja kilang.. tpi bila ada ank sendiri mkcik mahu ank2 berjaya walaupun kami hanya b40.. Alhamdulillah 2org ank mkcik sambung smpi degree..yg sulong skrg seorg lawyer dan adiknya masuk tahun ke 2 degree di iium.. yg penting doa pd Allah dan usaha..
2026-09-17 01:40:26
5
سيتي سارا :
knp airmata aq bergenang?
2026-09-17 04:18:47
11
Gee :
Pandai pilih lagu. Masa lps spm ni mmg tgh famous lagu ni 😊 btw, 45 dah kita.
2026-09-17 10:31:45
172
salinahamid_ :
Untung la sesiapa yang ada mak yang lebih memikirkan masa depan anak, saya nak naik tingkatan 6 mak tak bagi alasan adik ramai lagi nak sekolah, saya disuruh jadi pembantu rumah pasangan Melayu Jepun di kl, bayang kan umur baru 18 jauh dari kampung takda sesiapa yang kenal, kerja rumah org demi berkorban untuk mak dan adik2, dah kahwin ada anak kita pulak disisihkan, ada je yg tak kena, apa salah saya dan anak2,. Entahlah
2026-09-25 10:50:14
5
LegacyMekAzie :
Ya itu lah yg aku bgtau anak-anak aku soal duit jgn la fikir.. itu tanggungjawab kami as parents coz ilmu itu penting.. Kalu dpt tawaran pegi lah sambung belajar.. aku cuma nak mereka berjaya di masa depan kelak.. aku gembira kalu anak2 semua berjaya dlm hidup capai lah cita2 yg di idam kan. DOA aku sebagai ibu tidak pernah berhenti sehingga ke nafas terakhir..
2026-09-16 22:43:20
18
redsons :
uitm zaman kite best..yuran 2ratus lebih je..ade dewan mkn bwk kad mkn kaler kuning..plg murah dah zaman tu
2026-09-20 11:34:03
15
Zanasofea Ali :
Rasa sayu plk tgk gbr2 lama mcm nii
2026-09-18 01:55:22
5
umi :
tapi tak semua anak seberuntung itu. aku terpaksa korban segalanya Dan smpai skrg Masih lagi merangkak dalam kehidupan
2026-09-16 22:20:30
27
abejal-alhensemi :
saya masuk u selepas stpm. tapi selepas spm saya dpt mcm u dgn poli. tapi sayang tak ada duit. kwn2 pergi sambung belajar di u. sbb stpm susah. saya terus di stpm. sambil belajar sambil kerja. kumpul utk belanja di u nanti. dpt u join rotu sbb ada elaun dan makan. di awal belajar mmg kena beli mcm2. duit tak ada, arwah abah pinjam tekun 2k. tapi dia tak cerita. bila arwah abah meninggal baru tahu.
2026-09-19 12:04:51
6
To see more videos from user @uglykidjoe80, please go to the Tikwm
homepage.