@mapim_malaysia: Serangan regim zionis telah menyebabkan 95% sekolah di Gaza mengalami kerosakan, manakala lebih 165 sekolah, universiti dan institusi pendidikan musnah sepenuhnya sejak Oktober 2023. Lebih 20,000 pelajar dan sekurang-kurangnya 532 guru telah dibunuh dalam tempoh tersebut, menurut data Kementerian Pendidikan Gaza yang dilaporkan Anadolu. Tempoh persekolahan turut merosot daripada 200 hari pada tahun akademik 2022–2023 kepada hanya 60 hari pada 2025–2026, menyebabkan pendidikan kanak-kanak Gaza terjejas teruk. Serangan ini bukan sahaja memusnahkan bangunan sekolah, tetapi turut merampas hak generasi Gaza untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Sumber: Anadolu ⸻ MAPIM MEDIA CENTRE www.mapim.org #MapimMalaysia #WakeupForGaza #GazaYouAreNotAlone