@berita.ks: KUALA LUMPUR, 17 Sep - Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan kejujuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berhubung pandangan yang dikemukakannya dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan kes Dato' Sri Najib Tun Razak. Beliau membangkitkan persoalan sama ada pendirian tersebut dibuat atas kapasiti peribadi ataupun sekadar mencerminkan ketetapan rasmi DAP yang sebelum ini secara terbuka menolak sebarang bentuk pembebasan. “Bukankah sebelum ini terdapat beberapa kepimpinan DAP menolak sekeras-kerasnya pengampunan Dato' Sri Najib. Malah mereka mendesak untuk melepaskan jawatan di dalam Kabinet sekiranya Najib diberikan hukuman tahanan di rumah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Hannah menegaskan bahawa beliau telah memberikan pandangan secara jujur selepas meneliti dapatan Peguam Negara, namun Gulam mengaitkan perkara tersebut dengan kempen pilihan raya lalu yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) akan membebaskan bekas Perdana Menteri itu. “Pada pandangan saya, kehadiran dan kenyataan Hannah bukan atas kapasiti peribadi atau Menteri Wilayah Persekutuan. Sebaliknya ia lebih kepada menjadi proksi, penyambung lidah dan suara DAP di dalam Lembaga Pengampunan,” tegasnya. Walau bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa Hannah tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya memandangkan beliau berkemungkinan hanya mematuhi arahan serta menerima tekanan daripada kepimpinan tertinggi demi memastikan sokongan pengundi tegar tidak terjejas. “Yang sepatut dan layak menjawab persoalan ini adalah Anthony Loke yang sehingga kini membiarkan Hannah Yeoh menjawab seorang diri tanpa sokongan rakan-rakan kepimpinan DAP yang lain,” cabarnya bagi menuntut penjelasan rasmi daripada Setiausaha Agung parti berkenaan. Mengakhiri kenyataan tersebut, Gulam yang turut meluahkan rasa simpati mendakwa bahawa pelantikan Hannah bagi menerajui portfolio kementerian itu berkemungkinan merupakan langkah strategik terancang DAP bagi menghalang kelulusan proses pengampunan terbabit. Kredit foto: Utusan Malaysia, Harian Metro #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 17 September 2026 04:29:15 GMT
24785
298
98
34

Music

Download

Comments

mujap04
Mujap :
YB Hannah
2026-09-17 04:43:51
17
gunyahtheo
gunyahtheo :
Kmi tolak penyakau & mahu si penyakau najib kekal dalam penjara
2026-09-17 07:40:03
15
faisal32151
faisalkipli431 :
dap pling takut DSNR bebas
2026-09-17 09:13:19
6
nur.azwa1
Nur azwa :
semoga Allah SWT.. beri pembalasan kepada orang-orang yang buat jahat.. kepada Datuk seri Najib Tun Razak... Aamiin ya Rabbal Alamin
2026-09-17 09:52:26
2
myamirmy
myAMIRmy :
tak pyh nak ampun2 laa kpd pelaku rasuah,pecah amanah & sakau... puluhan billion RM uang negara & rakyat hilang disakau hingga kedudukan kewangan negara jd tenat.. lg baik ditambah dgn hukuman hingga seumur hidup bersama 20 sebatan
2026-09-17 08:02:28
12
nordin.din373
Nordin Din :
Tiada pengampunan tiada layanan istimewa kekal di dalam hingga tmt tempoh
2026-09-17 10:10:15
5
zul.kapri0
Zul Kapri :
YDPA ada pun tak power jugak ke....
2026-09-17 05:41:38
8
user2457178104266
user2457178104266 :
sebaik nya Najib berada dikajang
2026-09-17 05:40:58
7
abdwagfkous
abdwagfkous :
Nasib baik negara ini tidak di kuasai umnu jika tak bapa sakau negara bebas mcm tu aje
2026-09-17 15:20:37
1
tajudin.hashim6
Tajudin Hashim :
orang umno memang tak puas hati.
2026-09-17 05:08:18
5
fazirah775
Fazirah77 :
YB Hannah 👍👍
2026-09-17 07:01:34
1
nikrosemahmud
Nik :
terima kasih yb hannah
2026-09-17 12:11:40
2
sititanjung52
sititanjung :
dia ni lagi besar kuasa dari raja2 Agong
2026-09-17 06:18:52
3
phtanphtan6
phtan :
apelani
2026-09-17 09:24:30
1
khai6823
khai6823 :
Tak abih2 berpolitik.. baik fikir nk majukan rakyat
2026-09-17 07:16:06
2
bodo.amat9927
3 Kali Jumaat :
YG AGONG PUN TERIKUT IKUT DAH KNPA
2026-09-17 10:48:21
1
suffianali013
suffianali013 :
Baik baik Datuk nanti kena saman
2026-09-17 05:00:47
2
rahu8019
rahu. :
Kejujuran apa ???????
2026-09-17 07:01:59
1
user804462335766
Mikey :
Berani kerana benar..... YB Hanna 🥰🥰🥰
2026-09-17 05:35:50
19
hamid.isa22
Hamid isa :
ketua umno tu nak menghalalkan sakau tu
2026-09-17 06:51:20
11
encik.75
Aldiyn :
yang sebetulnya penyamun tak puas hati ketua segala penyamun tak dibebaskan
2026-09-17 05:52:18
6
sarimahjamil
sarimahjamil :
mmg laa
2026-09-17 07:42:44
1
jaafariawi8
jaafariawi8 :
maaf cakap lah yang bodoh orang kita juga.. ingat tembolok sendiri je.... walau pun mejoriti orang kita.... tapi sombong tak nak bersatu...
2026-09-17 10:34:48
1
sting_17
Visitor_1 :
Umno proxy sape jatuhkan YTB?
2026-09-17 16:14:37
0
lipat81
Stephen :
melaysia likup di jual umno pas jika bagi can memerintah
2026-09-17 16:21:37
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About