@berita.ks: KUALA LUMPUR, 17 Sep - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menggesa semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan supaya meletakkan jawatan sekiranya tidak lagi mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar. Ahli Parlimen Seremban itu mempersoalkan punca kuasa perundangan barisan Exco tersebut dalam mengiktiraf proklamasi penurunan takhta berserta pengganti secara serta-merta, memandangkan mereka baru sahaja mengangkat sumpah jawatan di hadapan baginda pada awal Ogos lalu. “Sekiranya mereka kini tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka atas prinsip dan maruah, mereka sewajarnya meletakkan jawatan masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan. Beliau turut menegaskan bahawa pihak parti kekal berpegang teguh kepada prinsip sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan bagi memastikan keluhuran undang-undang serta kemuliaan institusi diraja terus dipertahankan. Kenyataan tersebut disuarakan susulan pengumuman barisan Exco Negeri Sembilan semalam yang membuat pendirian bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April lalu adalah sah dan terpakai. Menteri Besar, Dato' Ismail Lasim hari ini turut mengesahkan keputusan sebulat suara mesyuarat Exco tersebut, selain mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan proses pewartaan proklamasi bagi mengiktiraf Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar. Walau bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menegaskan bahawa ketetapan peringkat Exco itu sama sekali tidak membawa sebarang kesan, memandangkan urusan pelantikan dan pemecatan pemerintah tertakluk di bawah Perkara XVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang dikhususkan kepada entiti tersebut, pihak DKU tampil mengesahkan secara rasmi bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kredit foto: Berita Harian, Astro Awani #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 17 September 2026 07:30:16 GMT
18793
296
108
22

Music

Download

Comments

muhdarifhalim
madarip :
eh2 ade lgi hahahahah[Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy]
2026-09-17 07:36:39
11
huzair508
Huzair :
undang yang ke lima sudah bersuara .
2026-09-17 09:11:50
23
user9666357730009
. :
SUDAH TUMBANG ,SUARA SUDAH TIDAK ADA . PATUT LETAK JAWATAN .
2026-09-17 07:55:31
47
dalilarmj
dalilaRMJ :
tak perlu masuk campur
2026-09-17 08:49:55
12
white.flamez
White FlameZ :
seluruh malaysia sudah tolak PH DAP. semua dah tau politik kotor PH DAP..
2026-09-17 08:57:56
17
feruz7.6
ruz87 :
😂😂😂😂😂tunku Mukhriz di sayangi DAP ke
2026-09-17 09:17:12
10
bunga_ross
Maktok💕 :
Dia tak terima yg dia kalh,..
2026-09-17 09:06:47
6
rotikering61
rotikering :
betul la lock ckp..bn n pn jahat..baru naik krjaan sngup jatuh orng lain..
2026-09-17 09:41:20
8
razali486
razali :
yg kalah lah kena letak jawatan
2026-09-17 08:47:38
16
rssariffib.my
Rssariffib My :
DAP YG WAJIB DIHARAMKAN. MEROSAKAN KESEJAHTERAAN NEGARA SELAMA 69 TAHUN DLM AMAN...???
2026-09-17 09:18:06
8
maedaxyzi
Malaysia :
sapa percaya lagi yang DAP hormat pada raja - raja x tahu nak kata apa . mereka itu hanya untuk politik ja.
2026-09-17 09:00:21
12
pokcik277
POKCIK🇲🇾 :
DAP ada kepentingan sendiri
2026-09-17 09:02:00
9
zali.ghazali
Zali Ghazali :
kesian tuaku..yng jahat umno..
2026-09-17 12:35:10
6
zannorzie
adisks._ :
Umno derhaka...
2026-09-17 13:17:27
2
thiaga6bell
THIAGA @ BELL :
Sekarang Berani nak cakap letak jawatan ke...
2026-09-17 09:11:14
4
zaizadatul69
zaizatul :
rakyat N9 dah dikencing dgn taktik kotor Umno PN
2026-09-17 14:08:37
0
zulfadzli_84
Bangau Love Hunter :
Dia pham ke tak sistem lantikan YDPB N9 harap duk N9 jer.... Ni bkn negeri lain ler yg Sultan nya ada kuasa muhtlak ats negeri nya..
2026-09-17 09:08:29
3
batulaut43
batu laut :
Apa yg ditakutkan klu takhta bertukar tu ..ada yg akan terbongkar ke ...
2026-09-17 10:35:40
1
user9337400187130
Ahmad Sarmidi :
ugut lagi adoiiiiii
2026-09-17 08:40:08
4
nazaismailambia
Naza Ismail :
UMNO mengali kubur kekal nya,lahir di istana di Johor dan di kebumikan di negeri sembilan asbab @ curse derhaka kepada raja...
2026-09-17 10:10:10
3
manang.tukul
Manang Tukul :
KENAPA YA ..PUAK DAP NI BERIA IA NAK PERTAHANKAN ..YG LAMA?
2026-09-17 10:01:00
1
abdul.samat.osman
ABDUL SAMAT OSMAN :
sudah kalah jangan cakap...
2026-09-17 09:29:57
1
nazsuvek86y
nazri :
dh kalah
2026-09-17 09:14:44
3
moonaa6987
ros :
inilh dalang sebenar, bila rasa terancsm dia muncul bersuara.
2026-09-17 09:34:03
2
abejoe047
abejoe :
Mari dah hero
2026-09-17 08:32:51
4
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About