@berita.ks: KUALA LUMPUR, 17 Sep - Naib Ketua Pemuda PKR (AMK), Nabil Halimi mempersoalkan keberkesanan pendekatan diplomasi dalam menangani masalah jerebu rentas sempadan. Beliau menggesa kerajaan meneruskan semula usaha menggubal Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan. “Setiap kali jerebu kembali, rakyat Malaysia yang menanggung akibatnya. Kesihatan terancam, kegiatan harian terganggu dan wang awam terpaksa digunakan untuk menangani kesan pencemaran,” katanya. Menurut Nabil, ASEAN mempunyai Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) dan Pelan Hala Tuju Kedua ASEAN Bebas Jerebu 2023-2030. Namun, beliau mempersoalkan keberkesanan pendekatan yang bergantung kepada mesyuarat, kenyataan bersama dan janji meningkatkan kerjasama. “Saya menghormati semangat Asean Way. Tetapi prinsip tidak campur tangan tidak boleh menjadi lesen untuk mencemarkan udara jiran. Apabila pencemaran menyeberangi sempadan, ia bukan lagi semata-mata urusan domestik sebuah negara,” katanya. Kerajaan pada Julai 2020 memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan Rang Undang-Undang Jerebu Rentas Sempadan kerana kesukaran mendapatkan bukti berkaitan kebakaran di negara jiran. Nabil berkata kerangka perundangan itu perlu dipertimbangkan semula, selain meneruskan kerjasama serantau dan perkongsian data. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 17 September 2026 09:00:00 GMT
Music
Download
Comments
mhibest2026 :
Setuju…kenapa kena matikan akta tu dan suka suka boleh guna dan takleh guna..menteri tidoq ke rakyat kena gerak?
2026-09-17 10:13:22
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.