@berita.ks: SEREMBAN, 17 Sep - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, John Siow Kong Choon memperkenalkan gagasan NS360 (Connected, Digital & Sustainable State) sebagai pendekatan baharu untuk membentuk pentadbiran Negeri Sembilan yang lebih cekap, berintegriti dan dekat dengan rakyat. Beliau berkata gagasan itu dirangka bagi bukan sahaja menangani keperluan semasa, malah membina asas kukuh untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. “Saya percaya Negeri Sembilan memerlukan pendekatan baharu dalam pentadbiran; pendekatan yang bukan sekadar menyelesaikan keperluan hari ini, tetapi turut membina asas kukuh untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya. Menurutnya, NS360 berteraskan empat fokus utama iaitu memperkukuh kestabilan kewangan dan integriti melalui pengurusan hasil, tunggakan, perbelanjaan serta tadbir urus yang lebih telus serta mentransformasikan budaya kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya lebih pantas, cekap dan responsif. Selain itu, ia turut memperkasa sektor pelancongan menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan dengan memberi perhatian kepada kebersihan, keceriaan, landskap, promosi dan pengalaman pelancong serta menubuhkan Think Tank PBT Negeri Sembilan bagi menghimpunkan kepakaran dan inovasi dalam menangani cabaran hasil, kos, teknologi serta pentadbiran. “Matlamat akhirnya jelas, rakyat mesti merasai manfaatnya. NS360 bukan sekadar slogan. Ia adalah komitmen untuk membina pentadbiran yang lebih moden, cekap dan lestari demi Negeri Sembilan hari ini dan generasi akan datang,” katanya. John berkata pendekatan itu diharap dapat menjadikan Negeri Sembilan lebih stabil, maju dan makmur menerusi penambahbaikan dalam aspek kewangan, perkhidmatan PBT, pelancongan serta penggunaan idea dan teknologi baharu. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Thursday 17 September 2026 11:10:13 GMT
Music
Download
Comments
anak Malaysia :
pertahankan tuanku mukhriz 💪🏻💪🏻💪🏻...
2026-09-17 11:17:12
7
GenYDd :
1.3b.... 🤑🤑🤑🤑🤑🤑
2026-09-17 11:46:48
0
IZACK :
Org muda ...idea baru...yg bagus kita sokongan...cuba dulu d Chennah...
2026-09-17 19:37:54
0
Asaari Jaafar :
terbaik yb
2026-09-17 13:19:13
0
Daddy Labu :
Bangkit rakyat NS! Lawan penderhaka raja melayu (UMNO) ! Daulat Tuanku Muhriz!
2026-09-17 11:20:07
3
user4849320286345 :
daiko dah berucap. tiba masa bnpas menurut kata daiko
2026-09-17 14:22:42
0
Francis Phang :
Keep dreaming
2026-09-17 12:33:18
0
Bad69 :
😁😁😁
2026-09-17 16:14:13
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.