@shahiranglers: Pertama kali menjejakkan kaki ke Semporna, Sabah, ada dua benda yang terus menarik perhatian aku. Air lautnya yang terasa lebih pekat masinnya… dan sumandak-sumandak di sini pun boleh tahan cantik-cantik juga. 😅😂 Trip kali ini bersama team Ninja untuk field test beberapa model terbaru, iaitu Ninja Notoriuz & Motion Jerker Type 8. Terima kasih kepada #ninjaofficial atas tajaan trip kali ini, dan tidak lupa juga #borneomantaray yang begitu baik melayan serta menyantuni kami dari hari pertama sehinggalah hari terakhir. Pengalaman, suasana dan sesi menguji joran kali ini memang lain macam. Semporna, kita jumpa lagi!