@berita.ks: KUALA LUMPUR, 17 Sep - Kerajaan MADANI hari ini memutuskan untuk menambah baik mekanisme subsidi bil elektrik dengan memperluaskan paras perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan akan berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026. Menurut beliau, langkah itu diperkenalkan sebagai tindakan segera bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat. "Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan membabitkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax)," katanya. Sebelum itu, Anwar mempengerusikan mesyuarat berhubung kos elektrik di pejabatnya bersama wakil Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera," katanya. Perdana Menteri berkata, keadaan jerebu dan cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini turut menyumbang kepada peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sesetengah isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melebihi paras 600 kWj, sekali gus mengakibatkan peningkatan bil elektrik yang luar biasa. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 17 September 2026 13:10:12 GMT
4450
64
13
3

Music

Download

Comments

as3333344
as :
dia bg racun dia bagi penawar...
2026-09-17 23:33:48
0
lucazero24
Pak Long :
baru nmpk menteri kewangan buat kerja...
2026-09-17 22:03:34
0
muhammadsaman1739
cik mat 75 :
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣hero dtg lgg
2026-09-17 15:27:41
0
kizashi86
Winter Yong :
2026-09-17 13:30:08
0
fikriaziz777
fikriaziz777 :
2026-09-17 15:10:49
0
pjg5115
5115😎 :
ko y turunkn sasidi pastu pusing2🤣🤣🤣
2026-09-17 13:25:40
1
poksid4
POK SID :
kejap je dah jd hero kau noon..tu belum dapat berguru lh dengan Mr.Vijey
2026-09-17 13:33:26
0
pengamal_ilmu_hitam
MrShah :
letak jawatan jela..kau jadi PM habis semua naik..Semua Action kau buat adalah lg myusahkan rakyat..plz resign!
2026-09-17 16:24:53
1
mohd73044
mohd :
Kerajaan ph umNO sialll
2026-09-17 20:45:31
0
sabasuzuki
Saba Suzuki サバ鈴木 :
😂😂😂
2026-09-17 16:09:31
0
jaiejamee2
Jai💯 :
[Air mata kegembiraan][Air mata kegembiraan][Air mata kegembiraan]
2026-09-17 13:31:07
1
rosydinyacob75
ℝ𝕠𝕤𝕪𝕕𝕚𝕟𝕐𝕒𝕔𝕠𝕓75🇵🇸 :
🤣🤣🤣
2026-09-17 22:34:02
0
en_alter
En_Alter :
Ya Allah lindungilah Perdana Menteri kami PMX
2026-09-17 14:04:13
1
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About