@smkseripayong: 🎓✨ MAJLIS GRADUASI KALI KE-7 2026 | SMK SERI PAYONG Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan bangga, Majlis Graduasi Kali Ke-7 SMK Seri Payong telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis ini merupakan satu detik istimewa dalam perjalanan pendidikan para graduan, sebagai tanda penghargaan terhadap segala usaha, pengorbanan dan pencapaian yang telah dilalui sepanjang menuntut ilmu. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Che Mohd Nur Muntasir Bin Che Mohd Norodi, yang turut menyempurnakan acara penuh bermakna ini. Kehadiran beliau menyerikan lagi majlis serta menjadi pembakar semangat buat para graduan untuk terus melangkah ke hadapan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan SMK Seri Payong! Semoga kejayaan yang diraikan pada hari ini menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Teruslah melangkah dengan penuh keyakinan, berpegang teguh pada ilmu dan sahsiah yang mulia serta berusaha mencapai segala impian. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap cita-cita menjadi kenyataan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, warga sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Melangkah Dengan Ilmu, Membina Masa Depan Gemilang. 📅 17 September 2026 (Khamis) 📍 Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) Tahniah Graduan! 🎓💜💛 #SMKSeriPayong #MajlisGraduasi2026 #GraduasiKaliKe7 #TahniahGraduan
SMK SERI PAYONG
Region: MY
Thursday 17 September 2026 14:11:36 GMT
Music
Download
Comments
ⁿᵃᶠⁱᵉˢᵃ :
🎓✨ Tahniah buat semua adik adikk yang diraikan pada hari ini. Graduation bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang.
Selepas ini mungkin jalan kalian berbeza-beza, ada yang menyambung pengajian, mengejar cita-cita, atau mencari arah kehidupan masing-masing. Apa pun jalan yang dipilih, teruskan melangkah dengan berani dan jangan pernah berhenti belajar.
Kenangan di sekolah akan menjadi sebahagian daripada cerita hidup kalian, tetapi cerita itu masih panjang untuk ditulis. Semoga setiap langkah selepas ini membawa kalian lebih dekat kepada impian.
Selamat melangkah ke dunia yang lebih luas. Jangan takut untuk bermula semula, jangan malu jika tersesat, dan jangan pernah rasa gagal hanya kerana perjalanan kalian tidak sama seperti orang lain. ❤️Graduation bukan noktah. Ini hanyalah koma sebelum bab seterusnya bermula. 🎓🌷
Selamat maju jaya, dan semoga suatu hari nanti kalian kembali dengan cerita kejayaan masing-masing. 🤍.
2026-09-17 14:57:42
7
NBA :
terima kasih Malik ..pantas💪
2026-09-17 14:28:15
0
manis@h :
Tahniah buat adik2 semua.. smoga hr ini merupakan titik permulaan bg mengorak langkah ke arah ms dpn yg lebih gemilang.. slmt maju jaya dlm SPM 2026
2026-09-18 06:19:09
1
Hana Suhana :
Terima kasih buat semua warga pendidik dan semua yg menjayakan Graduasi anak² kami.Semoga dalam rahmat kasih Ilahi sentiasa.Aamiin...🤲🏼💖💝
2026-09-19 02:49:35
0
tokmi :
Assalamualaikum hadir suport
2026-09-20 15:25:33
0
Iman Dania :
klu pelajar PPKI ada graduasi dok??
2026-09-17 14:38:28
1
cuna :
terima kasih cg malik ... kerja buat yg mamtap dan pantas.... terbaik. tahniah anak2 pljr. perjuangan belum berakhir. ayuh kita bina kecemerlangan...
2026-09-17 14:32:27
1
juliza_mz :
2026-09-17 17:02:09
0
Bisik_padahati :
😁😁😁
2026-09-18 05:10:49
0
To see more videos from user @smkseripayong, please go to the Tikwm
homepage.