@mof_malaysia: PERTUMBUHAN EKONOMI PERLU DITERJEMAHKAN KEPADA KESEJAHTERAAN RAKYAT Pengukuhan ekonomi negara bukan sekadar dinilai melalui angka pertumbuhan, tetapi melalui sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Dalam perkongsian menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI), YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II menyentuh usaha Kerajaan untuk terus memperkukuh asas ekonomi negara sambil memastikan rakyat mempunyai peluang yang lebih luas untuk meningkatkan pendapatan, kemahiran dan taraf kehidupan. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk usaha memperkasa usahawan mikro dan peniaga kecil, memperluas peluang pekerjaan, meningkatkan keupayaan dan kemahiran tenaga kerja serta mempersiapkan rakyat menghadapi perubahan pesat teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Turut ditekankan ialah kepentingan memperkukuh kesejahteraan kewangan dan kesiapsiagaan menghadapi persaraan agar rakyat mempunyai asas kewangan yang lebih kukuh untuk jangka panjang. Usaha membina ekonomi yang berdaya tahan dan inklusif akan terus diperkukuh supaya pertumbuhan negara dapat diterjemahkan kepada peluang dan manfaat yang lebih bermakna untuk seluruh rakyat. #MalaysiaMADANI #EkonomiMADANI #Fyp
KEMENTERIAN KEWANGAN
Region: MY
Friday 18 September 2026 01:20:04 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mof_malaysia, please go to the Tikwm
homepage.