@haslindamohdramli82: JANGAN SALAHKAN GUNUNG KERANA TERLALU TINGGI… KALAU KITA SENDIRI MASIH TAK MAHU MENDAKI.. Ilmu sudah ada. Peluang sudah terbentang. Guru sudah mengajar. Sistem sudah disediakan. Tapi kalau ilmu hanya didengar tanpa dibuat, dipelajari tanpa dipraktikkan, akhirnya kita tetap berada di tempat yang sama. Bukan kurang ilmu yang menghalang kita. Kadang-kadang…kita cuma kurang TINDAKAN. Jangan tunggu sampai semuanya sempurna. Mula dengan apa yang kita tahu. Buat dengan apa yang kita mampu. Ulang dengan penuh istiqamah. Sebab kejayaan bukan milik orang yang paling banyak tahu… Tetapi milik mereka yang sanggup MENGGUNAKAN APA YANG MEREKA TAHU. 🔥 🌅 Selamat pagi. Hari ini, jangan tambah ilmu sahaja…TAMBAH TINDAKAN.