@penangkini: Daripada Wartawan Kepada Ahli Politik, Daripada Mencatat Perjalanan Masyarakat Kepada Turut Mencorakkan Perubahan Daripada seorang petugas politik muda kepada pemimpin yang menerajui Pulau Pinang. Selepas berdekad-dekad menempuh perjalanan politik, kini CM Chow Kon Yeow 曹觀友 sedang mengharungi penggal terakhir sebagai pemimpin. Apabila segala tepukan, projek dan pencapaian akhirnya menjadi sebahagian daripada sejarah, Ck percaya bahawa legasi sebenar seorang pemimpin bukanlah namanya sendiri, tetapi sebuah Pulau Pinang yang lebih kukuh, inklusif dan dipenuhi lebih banyak peluang untuk semua. Politik ialah suatu amanah rakyat. Ia menuntut objektiviti, keberanian dan integriti. Pada masa yang sama, kepentingan masyarakat perlu sentiasa didahulukan daripada cita-cita peribadi. Mungkin inilah pegangan yang membolehkan CM Choe terus teguh sepanjang berdekad-dekad berada dalam dunia politik. Pada tahun 2018, CM memikul amanah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelima. Kini, ketika penggal terakhir beliau sebagai Ketua Menteri semakin menghampiri penghujungnya, beliau mula menelusuri semula perjalanan politik ini daripada sudut pandang yang berbeza. Renungan ini bukan sekadar mengenai perkara yang telah beliau lakukan. Lebih penting, CM sering memikirkan satu persoalan: Apakah wajah Pulau Pinang apabila saya tidak lagi berada dalam kedudukan ini? Persoalan tersebut turut menjadi tema utama pemiki CM sepanjang sesi wawancara bersama majalah Smart Investor bagi edisi September dan Oktober 2026.

Penang Kini
Penang Kini
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 18 September 2026 05:11:37 GMT
537
23
1
0

Music

Download

Comments

wilsonlye
Wilson Lye :
[暖心][暖心][暖心]
2026-09-18 05:44:44
0
To see more videos from user @penangkini, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About