@alkhair.my: 21 orang disahkan terbunuh selepas dihempap dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan Al-Saada di kawasan Al-Sabra, Gaza City. Mayat mangsa berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih 15 jam operasi secara berterusan dilakukan. Daripada jumlah itu, 12 adalah kanak-kanak manakala lima lagi wanita. Bangunan enam tingkat itu sebelum ini mengalami kerosakan akibat serangan Israel, menyebabkan strukturnya menjadi tidak stabil sebelum runtuh pada awal pagi 16 September. Anggaran menunjukkan kira-kira 100 orang berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian berlaku. Sumber: Al-Jarmaq News #alkhairmalaysia #kebaikanpenuhiharapan #fyppppppppppppppppppppppp #fypp