@egg.networkmy: Aniimo, game pengumpulan makhluk yang sering dibandingkan dengan Palworld dan Pokémon, mencatat lebih 100,000 pemain serentak di Steam hanya tiga jam selepas dilancarkan pada 16 September. Game percuma ini menawarkan dunia terbuka Idyll, pertempuran solo atau multiplayer serta pelbagai Aniimo untuk dikumpul dan dievolusikan. Pemain juga boleh menggunakan kebolehan “Twining” untuk berubah menjadi Aniimo dan menggunakan kebolehan mereka. Sebelum pelancaran, Aniimo mengumpul lebih 30 juta prapendaftaran global. Namun, ulasan Steam masih bercampur dengan hanya 50% positif, dengan kritikan terhadap monetisasi, gameplay perlahan dan kawalan. Versi mudah alih dijadualkan tiba pada 23 September. #eGGNetwork #everygoodgame #game #gamenews #gaming #aniimo