@suarasarawak: 107.5kg Dadah Bernilai RM12.89 Juta Dirampas Di Kuching. Sebanyak 107.518 kilogram dadah bernilai kira-kira RM12.89 juta dirampas dalam serbuan di sebuah rumah sewa Airbnb di Kuching pada 11 September lalu, dengan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun turut ditahan. Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Zainal Abdullah berkata, serbuan hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dan JSJN Bukit Aman itu mendapati rumah berkenaan dipercayai digunakan suspek untuk membungkus dadah sebelum dipasarkan di sekitar Kuching. Rampasan membabitkan kira-kira 50.1 kilogram serbuk MDMA, 32.3 kilogram ketamin, 25 kilogram cecair MDMA dan 0.118 kilogram pil Erimin 5, manakala suspek didapati positif methamphetamine serta mempunyai lima rekod jenayah lampau. Suspek direman sehingga 19 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. #dadah #rampas #ipksarawak
teruskan...anak bangsa byk terjebak...tangkap juga yg bersekongkol dgn sindiket...
2026-09-18 10:14:28
12
kopi panas :
tuan dadah di tangkap judi on lline di biar kan mana pdrm
2026-09-18 12:01:53
10
Mel :
Jangan sik pakei kerja jak kata org. Kinek zaman money is king. Tangkap aritok esok lepas
2026-09-18 20:08:54
3
IKAN FRESH JAMIL :
lepas rampas,pastu dadah dilupus ke atau sebaliknya,,fikirkn sejenak
2026-09-18 12:27:16
3
Garry :
masuk dari mana lagi ni...
udara
laut
hutan
2026-09-18 11:08:22
3
mader1010 :
syabas PDRM
2026-09-19 08:36:12
0
Khan@7777 :
tauke bebas,kuli kena tangkap.
2026-09-18 12:21:08
1
GB-13SRWK🇲🇾 :
spa pulak yg kantoi ni🤣
2026-09-18 12:05:22
1
YONKO..D..CHEN :
tangkap,rampas dadah,,tau2 je nilai,,mcm kira untung....game slot bila mau tutup ni,penuh sudah...judi lagi teruk dari dadah..boleh bersih ka 2 perkara ni
2026-09-18 23:50:33
0
Rezza :
ini semua poyoo..
2026-09-18 09:37:06
1
Sihin :
2026-09-18 10:48:23
2
Aziz Azman :
terbaik polis semenanjung datang sarawak semua di tangkap ..kalau tak semuanya ditutup mata..
2026-09-18 23:59:38
0
alex leju :
Wow.. byknya di Sarawak..
2026-09-18 10:04:16
0
Lee Man 68 :
terbaik PDRM..
2026-09-19 01:56:56
0
Dayakbidayuh@Landdayak :
Jgan sekadar wayang di TV untuk tunjuk buat kerja..masyarakat skrg bukan buta...
2026-09-18 14:12:39
5
ZueShaRina :
tahniah *pdrm sarawak👍
2026-09-18 15:37:44
0
⚡muadzam zamahari :
Rampas barang sahaja, orang nya tak pernah nampak🤣🤣🤣
2026-09-18 18:53:56
0
𖣘༆RENI𐂃☘︎ :
tangkap dalang disebalik kesalahan itu.
2026-09-18 17:17:28
0
sambaladuk. :
tokey tu msok mahkamah..last2 lepas mcmtu je..hahaha..
2026-09-18 21:05:12
0
Hairdryer_101 to dry hair? :
Camne boleh masuk Sarawak??????!!!!!!
2026-09-19 01:18:10
0
RD® :
Tahniah PDRM Wilayah Sarawak.
2026-09-18 10:47:40
0
To see more videos from user @suarasarawak, please go to the Tikwm
homepage.