@suarasarawak: 84.07kg Dadah Bernilai RM4.3 Juta Dirampas Di Limbang. Polis merampas keseluruhan lebih 191 kilogram dadah bernilai kira-kira RM17.2 juta dalam dua serbuan berasingan di Kuching dan Limbang, dengan serbuan kedua di Jalan Mendamit, Limbang pada 14 September lalu membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun. Pengarah Pengurusan Polis DiRaja Malaysia merangkap Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan itu polis merampas 84.07 kilogram dadah dianggarkan bernilai RM4.3 juta, terdiri daripada 81.21 kilogram syabu, 2.06 kilogram ketamin dan 0.80 kilogram serbuk MDMA, selain menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai kira-kira RM35,000. Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman dari 15 hingga 22 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala keseluruhan rampasan daripada kedua-dua serbuan itu dianggarkan mampu menjejaskan 484,848 individu sekiranya digunakan atau disalahgunakan. #dadah #rampas #ipksarawak
SuaraSarawak
Region: MY
Friday 18 September 2026 10:03:08 GMT
Music
Download
Comments
iman :
dadah pemusnah anak bangsa....hindari lah
2026-09-18 11:57:13
19
er.wann :
takut untuk pasaran limbang Dan brunai😂
2026-09-18 13:06:23
10
Enna Yativia ♥️ Via :
Tahniah PDRM 🔥🔥🔥👏👏👏
2026-09-18 13:40:36
1
N.A.S.S LMN :
Alhamdulillah.mantap,truskan.sapu kasi habis🥰🥰🥰
2026-09-18 12:33:57
1
eh_eh✌️ :
syukur dpt dihentikn.
2026-09-19 03:36:43
0
:
tahniah PDRM. najis dadah ni banyak merosakkan sebaik baik kejadian manusia.
2026-09-18 16:10:47
1
Hamdan Kamis :
Alhamdulillah Tahniah….
2026-09-19 03:48:23
0
dennycrane989 :
haiya periuk nasi pecah lo 😂
2026-09-18 12:34:20
1
Suhimi :
terbaik PDRM bentras habis..habisan ...mantap.👏👏👏
2026-09-18 19:23:31
0
Hashim abd latip :
tahniah PDRM Dan org Ramai YG sudo berkongsi maklumat bagusss oooh sdh peach periuk ooooo
2026-09-18 13:17:44
0
Julaihihm :
tahniah PDRM 👍
2026-09-18 12:40:26
0
Alvina mag :
terbaik PDRM
2026-09-18 15:01:01
1
Edahassan :
Tahniah pihak berkuasa dan kerjasama org ramai..
2026-09-18 15:19:36
0
er.wann :
tolong lupuskn dadah yg dirampas dengan segera..
2026-09-18 13:05:54
0
S.V.M 💅🏻 :
kdg2 ada yg biasa2 hidupnya, skali limpas dikedai wahh beremas,pakai branded beg. Curiga aku 😂😂 mana lagi selalu travel.
2026-09-18 23:19:00
0
heybbgirl wasgucciwaspoppin :
Laksanakan mcm Singapore
2026-09-18 15:21:49
0
DD :
Terima kasih PDRM..teruskan cari lagi tokan² yg besar..kalau boleh kilang dadah sekali
2026-09-18 13:42:02
0
VINCENT @VG :
utk pasaran limbang dan brunei ni.. mun lapas2 abis eh org sot
2026-09-18 22:16:38
0
abg lan cafe :
atu banyak sabu
2026-09-18 23:30:14
0
latte :
👍🏼
2026-09-18 13:45:53
0
beck7 :
👍👍👍
2026-09-18 12:09:48
0
MB 59 :
👍👍👍
2026-09-18 12:13:10
0
To see more videos from user @suarasarawak, please go to the Tikwm
homepage.