@mohdrizalazuar: Benson & Hedges Light Tones (1994-1995). Label: Prima Music / Sony Music / Light Tones. - pada tahun 1982, syarikat rokok telah di haramkan dari mengiklankan rokok di kaca TV dan di radio oleh stesyen RTM. - maka mereka pun mencari jalan untuk mengiklankan jenama mereka tanpa menunujukkan produk jualan mereka. - salah satu cara adalah melibatkan diri dalam bidang hiburan sama ada penganjuran konsert atau penerbitan album. - album Benson & Hedges Light Tones ini telah di hasilkan bermula pada tahun 1994 dan berjaya menghasilkan 3 album. - album pertama Volume 1 adalah album yang menjemput puluhan pemuzik sessionist dan pemuzik kelab terkemuka Malaysia bermain di dalam studio dengan di ketuai oleh Wah Idris yang juga bertindak sbg penerbit album. - untuk Vol 1 ini seramai melibatkan 25 orang pemuzik. - antaranya Man Kidal, Gary Gideon, Jimmy Ali, David Yee, Farid Ali, Greg Lyons, Jari, Jerry Felix, Lewis Pragasam, Razak Rahman, Chobib etc. Tracklist 1 Ain’t No Sunshine 2 We Will Rock You 3 Imagine 4 Without You 5 Pick Up The Pieces 6 All For Love 7 Medley - Suci Dalam Debu; Seribu Bintang; Umpama Mimpi Dalam Mimpi 8 Red Red Wine 9 Wild World 10 (My Lovin’) You’re Never Gonna Get It - pada tahun 1995 album B&H Light Tones Vol. 2 dihasilkan. - masih lagi album rakaman studio tetapi rakaman album di buat secara live jamming di dalam studio. - album terbitan Wah Idris - kali ini ia melibat pemuzik handalan Malaysia seramai 35 orang. - pada waktu inilah lagu "Buih" di rakamkan. - lagu "Buih" ciptaan Wah Idris sendiri dinyanyikan olehnya dan suara latar oleh Allahyarhamah Adibah Noor yang agak baru dalam bidang nyanyian pada waktu itu. Tracklist 1 Wah Idris– Isn't She Lovely 2 Wah Idris– Buih Backing Vocals – Prima Voices 3 Lionel Xavier, Adibah Noor– King Of Wishful Thinking 4 Wah Idris– Melody Fair 5 Sebastian Angeles Dougles– Wait Until The Morning 6 Lionel Xavier– I've Gotta Get A Message To You 7 Wah Idris, Aida (39)– Erti Cinta 8 Adibah Noor, Lionel Xavier– The Heat Is On 9 Wah Idris, Lionel Xavier, Mary Azzopardi– Way Up Into Heaven 10 Wah Idris - The Way I Think About You - selepas kejayaan 2 album tersebut pihak B&H telah membuat konsert "Light Tones Tour" di 3 buah lokasi. - konsert di Life Center, Kuala Lumpur; Stadium Indera Mulia, Ipoh dan Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru. - album di terbitkan oleh Wah Idris. - 3 vokalis jemputan adalah Aishah, Shima dan Amy Search. Tracklist 1 Amy – You Give Love A Bad Name 2 Amy – Saat Ku Idamkan 3 Amy - Living On A Prayer 4 Shima - Teringin 5 Shima – I Hate Myself For Loving You 6 Shima – Destinasi 7 Aishah– Malam 8 Aishah– You've Got A Friend 9 Wah Idris– Isn't She Lovely 10 Wah Idris, Aishah– Erti Cinta 11 Shima , Aishah, Amy and Wah Idris– Buih - ketiga-tiga album ini adalah projek khas Wah Idris di bawah syarikat produksi miliknya Prima Muzik dengan kolaborasi bersama Benson & Hedges. - semua album terdapat dalam format CD dan Kaset - maklumat lanjut di discogs.com #bensonandhedges #bensonandhedgeslighttones #wahidris

Doc Rizal
Doc Rizal
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 18 September 2026 10:41:49 GMT
975
49
7
0

Music

Download

Comments

laluansutera2
Laluansutera2 :
kat mana nak beli cd ni?ada jual lagi ka?
2026-09-20 13:38:19
1
lanjoni
Lan Joni :
dulu B&H ada cafe kat life centre..
2026-09-18 12:15:38
1
zaminmebius0
ultraman mebius :
lagu buih dari dato wah idris..😁..dulu aku memang suka layan lagu ni🤣🤣.
2026-09-20 01:59:58
2
nami_abdullah1726
nami_abdullah1726 :
best u hehehe 😁😁😁 ....
2026-09-18 10:50:13
1
To see more videos from user @mohdrizalazuar, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About