@berita.ks: KUALA LUMPUR, 18 Sep - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dijadual mengadakan mesyuarat khas pada esok hari bagi membincangkan pendirian rasmi serta tindakan susulan parti berhubung kelulusan perintah tahanan rumah ke atas Dato' Sri Najib Razak. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook membuat pengumuman tersebut menerusi satu kenyataan rasmi hari ini dengan menegaskan bahawa pendirian teguh parti terhadap isu rasuah dan akauntabiliti kekal tidak berubah sama sekali. “Sehubungan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan esok untuk membincang dan memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti,” katanya. Terdahulu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) memutuskan untuk membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pematuhan syarat dan pembayaran denda RM50 juta. Walau bagaimanapun, Loke menjelaskan bahawa kepimpinan DAP amat menghormati kuasa mutlak pengampunan Yang di-Pertuan Agong, selain terus menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara. Beliau pada masa yang sama turut mempertahankan peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dengan menegaskan bahawa pandangan jujur beliau di dalam lembaga tersebut adalah selari dengan prinsip perjuangan parti. Menyentuh isu yang sama, Loke turut mengingatkan orang ramai bahawa kesan kewangan berskala besar yang ditinggalkan akibat skandal 1MDB masih terus menjadi bebanan kewangan yang menekan kerajaan dan rakyat. “Kesan kewangan penyelewengan masih ditanggung oleh negara dan rakyat sehingga hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada 13 Sept 2026, keseluruhan obligasi 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM51.4 bilion, merangkumi RM42.5 bilion yang telah dibayar oleh Kerajaan serta baki hutang RM8.9 bilion,” jelasnya. Kredit foto: FMT #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 18 September 2026 11:15:51 GMT
10048
159
124
12

Music

Download

Comments

illusionist978
The illusionist :
😂😂😂 sikit sikit letak jawatan sikit sikiit mesyuarat tu la mrk
2026-09-18 11:45:24
26
fazin.fazin973
Fazin Fazin :
x pyh mesyuarat klr terus.dok ckap saja.sbg kari saja.
2026-09-18 14:22:17
6
nuralya4455
★ALYA🪼 :
dap.. parti penipu 😂😂😂
2026-09-18 11:27:30
14
sting_153
STING :
kita tahu apa jawapanya😂
2026-09-18 11:43:37
10
riduan1971
matduan :
dap..letak jawatan semua kr..itu sgt2 baik utk malaysia...
2026-09-18 12:03:39
3
alishaiz8976
alishaiz8976 :
2026-09-18 11:34:47
5
faxel88
faxel.lallu88 :
Dh mula takot la tu
2026-09-18 12:58:46
2
khairuddin_0
din :
tak ada langsung pun takpe😁😁😁
2026-09-18 13:20:11
2
phil.lim0
phil lim :
go solo... no other choice😂
2026-09-18 11:55:44
2
bebbape1
BeBbape ( ジェミーベイプ ) :
Sure akan kekal dlm kerajaan... Yg janji letak tu x letak 2. 🤣🤣🤣 Klu keluar kerajaan awal bgus.. Cepat PRU...
2026-09-18 12:36:12
2
budin2163
Budin🇵🇸🇲🇾✌️ :
Bungkus PRU
2026-09-18 12:21:31
2
wanfauzaizutra
zutra :
Kalau tk berkenan kuasa AGUNG baik keluar dr kerajaan, sbb ketua kerajaan adalah AGUNG
2026-09-18 12:50:35
2
haslan_69
Say "Tom" :
Letak jawatan je
2026-09-18 12:47:29
1
jalstrucker
Jals Trucker :
kalau dah kalah tu mesyuarat lahh byk2... tatappp keputusan kalah juga... 🤣🤣🤣🤣
2026-09-18 12:42:56
1
sharin1991
Mohd abdul rahim :
tunggu.apa.lagi.keluar.lah.
2026-09-18 12:17:47
1
sir_nazs
Nz :
yg ni xhabis2 musyuarat apa yg dibincang pun xtau undi dah musyuarat dah xde khabar yg baik pun sama jugak🤣🤣🤣🤣
2026-09-18 15:23:03
0
almyrahul
Almy Rahul :
🤣🤣 ada yg nak letak jawatan ke tu
2026-09-18 12:09:32
0
heromantin3800
Hero Mantin :
sakau dap cepat bubur kerajaan sakau
2026-09-18 11:26:20
0
zulkifli.ibrahim94
Zulkifli Ibrahim :
SEMUA PUN BOLEH BERAMBUS, ROSAKKAN SISTEM YAMG TELAH SEDIADA
2026-09-18 15:21:47
0
shamdin93
shamdin :
Sudah Tau DAP keluar
2026-09-18 15:39:26
0
fadhilazreal
FadhilAzProperties :
dia yg luluskan dia yg tanya balik. 😏
2026-09-18 15:35:32
0
eeelyaanaa
cahaya :
insyaallah bubar parlimen aminnn...DAP jatuh
2026-09-18 15:40:58
0
hissamudin.iss
Laksamana Bentan :
2026-09-18 15:31:33
0
ariffin2857
Ariffin :
depa sakit tang mana sebab njib
2026-09-18 15:28:09
0
simi2181
simi :
TANYA LAH HANNAH YEOH
2026-09-18 12:43:16
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About