@cidrmp: [ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ก ๐ฅ๐จ๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ KUALA LUMPUR, 26 Julai 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), hari ini melancarkan Program PDRM Fun Run 2026, satu inisiatif Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026. Acara yang bakal berlangsung pada 22 November 2026 (Ahad) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, terbahagi kepada dua kategori iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer. Penyertaan dibuka kepada seluruh masyarakat tanpa had umur dengan kadar yuran sebanyak RM55 bagi kategori 5 kilometer dan RM65 bagi kategori 10 kilometer. Dalam kenyataannya, CP Datuk M. Kumar berkata, program ini bukan sekadar acara larian, malah merupakan platform terbaik untuk mendekatkan warga PDRM dengan masyarakat melalui aktiviti berteraskan kesihatan, kekeluargaan dan kebersamaan dalam suasana yang lebih santai, mesra dan inklusif. Untuk maklumat, setiap peserta yang berdaftar akan menerima kit larian eksklusif yang merangkumi baju rasmi, medal penamat, bib larian, sijil penyertaan digital serta light snack. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi platform HeyJom. Selain acara larian, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan program, termasuk pameran aset-aset PDRM, reruai pameran dan jualan yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat dan pihak swasta. Lebih menarik, penganjur menyediakan cabutan bertuah sebanyak 219 hadiah, bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219, yang pastinya menambahkan lagi keterujaan dan kemeriahan program. Hadir sama pada pelancaran petang ini DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak, Timbalan Pengarah JSJ (Forensik/Perancangan Strategik), Ketua- Ketua Penolong Pengarah JSJ serta Pegawai Kanan dan Rendah Polis. Ayuh sertai PDRM Fun Run 2026! Berlari bersama, sihat bersama dan eratkan hubungan bersama PDRM demi komuniti yang lebih sejahtera. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP
CID_RMP
Region: MY
Friday 18 September 2026 12:37:30 GMT
Music
Download
Comments
๐ฅIEJA๐ฅ :
done register
2026-09-18 18:11:16
0
Tarabas :
How to register
2026-09-19 02:26:31
2
Miss Aesya :
Boleh terus diserap jadi polis tak kalau dapat no 1 ??
2026-09-19 02:07:46
200
asycap :
nk join risau masa lari dibuatnya roadblock main gilerrr
2026-09-19 00:56:07
443
๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ๐ธ :
Boleh jumpa jodoh kat fun run x๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2026-09-19 04:34:18
53
๐ sis_wan1e ๐ง :
Tuan kalo lari boleh jd polis x? ๐คฃ๐คฃ๐คฃ๐คฃ
2026-09-18 22:07:49
85
NYSA MOHD :
Lawa ek medal dia
2026-09-19 02:57:05
75
RontzMomotarosan :
Polis pun salah guna kuasa untuk buat Business..
2026-09-18 16:25:17
139
jit๐ซฅ :
ada waran tangkap boleh join ke?kawan suruh Tanya.
2026-09-19 03:12:42
18
m4mu๐ :
jom lari dari polis
2026-09-18 15:56:58
37
ฺฉู ุงฺูู (Kak Yong) :
Tuan,selepas saya sarung medal nanti..kalau ada roadblok,bole tak saya tunjuk medal saja๐
2026-09-19 00:22:09
21
@masliana๐ท :
done register 10km..kalo krem xpe abg2 pulis ada kan? ๐คฃ
2026-09-19 01:31:24
16
shamsaad00 :
Apa lah kena bayar pulak!!nampak sgt nak sakau gila2 lah zaman madani ni
2026-09-19 00:26:38
9
Madam Witty๐ :
done register...seblm harga naik ๐
2026-09-18 14:50:42
14
_Rosรฉ :
nak join fun run pon kena pau ahaha
2026-09-18 20:30:43
7
Peraih Petai โ๏ธ๐ฆ๐ฒ๐พ :
Medal dia paduuu..medal 5k dgn 10k sama ke bang?
2026-09-19 01:40:56
10
amsAnne :
speed limits ka ๐
2026-09-19 03:59:16
2
MarianaHo :
registered๐
lets go
2026-09-19 03:11:22
2
Dinie Serenity :
haritu dah joint fun tun sempena hari polis.. nmpk gaya kena joint fun run yg ni juga.. ๐ฅฐ
2026-09-18 17:06:42
9
lady_leafsious :
dah open ke ?
2026-09-18 15:08:45
5
endrih cah :
cik mcm mana nak register ni
2026-09-18 14:37:19
8
Fizzuddin99 :
mesti route sama dengan kl car free morning
2026-09-18 15:35:06
6
Azman Dboss :
terbaik tuan
2026-09-19 02:23:49
2
Me,myself n u :
1km xde ke? ๐
2026-09-19 04:20:23
2
#KhairulAnuarZainudin :
Kalau join & finish running, dpt diskaun tak untuk saman
2026-09-19 09:13:03
4
To see more videos from user @cidrmp, please go to the Tikwm
homepage.