@ohmymedia.cc: Setiap ahli UMNO dicadangkan menyumbang RM50 seorang bagi membantu parti mengumpulkan dana berjumlah RM50 juta untuk melunaskan denda yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Cadangan itu dikemukakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang berpandangan sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya sejuta daripada lebih tiga juta ahli UMNO tampil memberikan sumbangan. Menurutnya, jumlah RM50 juta boleh dikumpulkan dengan mudah sekiranya setiap seorang daripada sejuta ahli tersebut menyumbang RM50. Mohd Puad berkata, cadangan berkenaan turut selari dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya parti mengadakan kutipan dana bagi membantu Najib melunaskan denda berkenaan. “Saya sokong saranan Zahid bahawa UMNO akan buat kutipan dana untuk bayar denda RM50 juta yang Najib kena bayar. Walaupun saya bukan lagi ahli UMNO, Insya-ALLAH saya pasti akan memberi sumbangan. “Oleh kerana UMNO ada ahli melebihi tiga juta orang, maka alangkah baik kalau sejuta ahli menyumbang RM50. Dengan mudah RM50 juta sudah terkumpul,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat. Sebelum ini, UMNO mengambil inisiatif melancarkan kutipan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban Najib untuk melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan berkaitan baki hukuman tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Ahmad Zahid sebelum ini berkata, parti berharap seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong, termasuk mana-mana pihak yang ingin memberikan sokongan, dapat menyumbang secara sukarela kepada kutipan berkenaan. Dalam perkembangan sama, Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengulangi pendiriannya bahawa Najib menjadi mangsa dendam politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. “Saya tetap yakin Najib mangsa dendam politik Mahathir,” jelasnya. Beliau bagaimanapun secara berseloroh meminta supaya kenyataannya itu tidak dilihat sebagai campur tangan dalam urusan berkenaan. “Diharap saya tidak dicop penyibuk,” tambahnya lagi.
Oh My Media
Region: MY
Friday 18 September 2026 14:04:05 GMT
Music
Download
Comments
∆£°°πG :
baik aku belanja family aku makan lagi bagus
2026-09-18 14:58:11
672
Aan65 :
Lbih baik aku sedekah kt masjid dgn ank2 yatim
2026-09-18 21:56:05
198
Mazda :
baik sedekah dgn anak2 yatim
2026-09-18 14:36:34
322
tokram7i0 :
yg x mahu menghulur sumbangan tu ada lah org ph yg dh panas skrg..
2026-09-18 15:14:39
120
Fazly Nordin :
tolong org susah lagi bagus !!!
2026-09-18 23:15:35
211
Broken Hero :
Dah banyak rakyat susah bayar segala hutang yg dia buat..dah bagi duduk rumah pun..masih nk susahkan kami rakyat yg byk komitmen ni..rakan seperjuangan beliau tolonglah..kenapa kami..
2026-09-18 18:48:14
47
Muhammad Zuki :
sekupang pun tak bagi tak mau terlibat saham nanti di akhirat
2026-09-18 23:14:56
61
beyyie83 :
kalau kita menderma itu tandanya kita menyokong kerajaan sakau duit negara
2026-09-19 06:51:01
21
Eddy :
tolong anak yatim piatu atau sedekah kat masjid lagi berbaloi
2026-09-18 18:57:26
69
panji hitam :
ingat jasa beliau...beliau banyak bantu rakyat...bantu la walaupon hanya rm 1
2026-09-18 23:17:54
12
Adam Nambawan :
dia yg sedap sakau duit, rakyat yg merana kena sumbang
2026-09-19 15:30:42
11
Foziyazid :
Kami seluruh rakyat setuju utk menyumbang buat DSNR dialah PM yg byk membantu rakyat dlm kesusahan.
2026-09-19 06:53:45
16
aniewanie :
minta maaf lh dia buat sakau lepas tu kita nk kena burung sory lh baik sya beli beras
2026-09-19 08:48:25
10
SUTIKHAT 🇮🇩 💞 🇲🇾 :
saya sumbang sebab datok Najib banyak membantu rakyat ,masih ingat masa saya kerja kilang penesonik dulu banyak yg mau tutup dan tak ada bonus masa tu kerisis ekonomi dunia karena kebijakan datok ekonomi maju dan Malaysia tak jatuh ,saya akan ingat walau masa tu saya BLM kawin DG org Malaysia dan sekarang saya menetap di Malaysia saya akan batu walau rm 50 tak seberapa di bandingkan DG jasa dia DG rakyat dan negara ,yg tak mau tak paksa nanti tak dapat pahala ,
2026-09-19 01:09:13
12
🇲🇾Anak-Bugis🇲🇾Ewako🏋️ :
DSNR tetap yang terbaik zaman ke zaman🇲🇾❤️🇲🇾
2026-09-19 06:36:55
8
muhamad firdaus :
jangan ingat jahat dia ja.ingat baik dia jugak
2026-09-19 05:55:42
7
CENDANA KRT :
MEMBANTU KPD YG LAYAK.
ISLAM X GALAK MEMBANTU YG MENGGALAK KEMUNGKARAN.
2026-09-18 23:09:22
13
sinkip :
aku mesti tlong kerana bosku saudara Islam ku.
2026-09-19 00:19:28
6
SEBAR MD ZAIN :
boleh je..utk Bossku yg byk berjasa kpd rakyat❤️
2026-09-18 16:02:17
220
Din KBA :
BOS KU TERHEBAT PM 5 HARI SUDAH CUKUP SEMUA RAKYAAT MALAYSIA AKAN MENYUMBANG YANG KOMPLEN TU PH DAN DAP
2026-09-18 17:21:34
22
azhar_ja'a🙅 :
x ingin aku
2026-09-19 05:46:45
6
Faridah Idah :
peringatan buat semua kalau tak nak derma jgn ckp bukan 2 ,nak menolong biarlah ikhlas dulu dia banyak bantu rakyat dlm kesusahan skrg giliran kita pulak bantu dia, tapi biarlah ikhlas..
2026-09-18 21:51:22
98
ketam batu :
ingat lah bantuan BR1M yang bos ku bagi dahulu masa dia jadi PM 🙏🙏🙏
2026-09-19 06:55:31
17
darus :
jom kita kutip duit..bgi dto Sri Najib..
2026-09-19 01:36:28
21
REMAUNG BUKIT :
kalau anda menderma beerti anda menyokong penyakau
2026-09-19 04:52:14
268
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.