@mediaselangor: Lebih lapan juta atau sehingga 90 peratus pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menerima manfaat susulan keputusan kerajaan meningkatkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada 800kWj sebulan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Shamsul Ahmad berkata peningkatan aras perlindungan itu merangkumi tambahan hampir satu juta pengguna domestik berbanding penetapan sebelum ini bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, khususnya dalam mendepani fenomena cuaca panas dan jerebu. #MediaSelangor #BilElektrik #TNB