@myilham.news: Sebuah video tular di Threads mencuri perhatian netizen apabila beberapa individu yang memakai kostum maskot dilihat membantu seorang pengguna jalan raya menukar tayar kenderaannya yang dipercayai mengalami masalah. Menerusi video tersebut, maskot berkenaan dilihat turun membantu di tepi jalan meskipun memakai kostum yang tebal dan panas. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memuji tindakan spontan berkenaan. “Comel nya semua. Sonic buat kerja yang lain tolong menjaga,” komen seorang pengguna. Seorang lagi pula berseloroh, “Walaupun dalam maskot tebal & panas, bab tolong orang tepi jalan tetap nombor satu.” Video tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menganggap aksi berkenaan mencuit hati dan menunjukkan semangat membantu sesama pengguna jalan raya. Sumber : wannursharafina/thread ⚠️ Video ini bukan milik MyIlham News. Jika anda pemilik asal, sila DM untuk kredit atau permohonan REMOVE. No copyright infringement intended. Jangan Lupa Like, Comment & Follow #myilhamnews #Tular #Maskot #Bantu #TukarTayar