@norazlin_nc: 🚨 ADA ASTHMA? BILA MASA YANG SESUAI UNTUK TERUS DAPATKAN RAWATAN? Musim jerebu ni, jangan tunggu sampai keadaan terlalu teruk baru nak bertindak. Kalau mula mengalami sesak nafas yang semakin teruk, wheezing yang kuat, batuk berterusan atau rasa dada semakin ketat, ambil serius simptom tersebut. Kalau inhaler pelega yang telah dipreskripsikan tidak membantu seperti biasa, atau simptom datang semula dengan cepat selepas menggunakannya, jangan abaikan. Lebih-lebih lagi kalau sampai susah bercakap kerana tercungap-cungap, bibir atau muka kelihatan kebiruan, terlalu lemah atau keliru — itu tanda yang memerlukan rawatan kecemasan. Untuk kanak-kanak pula, perhatikan kalau mereka bernafas terlalu laju, dada tertarik ketika bernafas atau nampak sangat susah untuk bernafas. Jangan cuba tahan di rumah semata-mata kerana berharap ia akan reda sendiri. Dan satu lagi… Jangan hentikan atau ubah ubat asthma yang telah dipreskripsikan tanpa berbincang dengan doktor. Jerebu mungkin sementara, tetapi kesannya terhadap saluran pernafasan boleh jadi serius bagi sesetengah individu. Jadi musim ni, kita bukan nak panik. Kita nak lebih peka, lebih bersedia dan tahu bila perlu mendapatkan bantuan. ❤️ Jaga diri. Jaga keluarga. Disclaimer: Perkongsian ini untuk tujuan pendidikan dan bukan pengganti nasihat atau rawatan profesional kesihatan. #Asthma #Jerebu #JagaKesihatan #KesihatanPernafasan #Shiruto

NorAzlin AbdRahman
NorAzlin AbdRahman
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 18 September 2026 21:24:06 GMT
123
2
0
3

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @norazlin_nc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About