@penangkini: Pulau Pinang Mahu Perkukuh Hubungan Dengan China Melalui Kerjasama AI Dan Semikonduktor – CM Chow Kon Yeow 曹觀友 Pulau Pinang berhasrat memperkukuh hubungan dengan China menerusi tumpuan terhadap teknologi, pembangunan bakat dan kerjasama industri, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), semikonduktor serta pembuatan termaju. Fasa seterusnya kerjasama antara Pulau Pinang dengan China perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan semata-mata. Kerjasama tersebut seharusnya mewujudkan nilai jangka panjang melalui pembentukan syarikat yang lebih berdaya saing, penerokaan pasaran baharu serta penyediaan lebih banyak peluang kepada rakyat kedua-dua pihak. “China mempunyai kelebihan dalam sektor pembuatan berskala besar, teknologi, pengalaman perindustrian dan akses kepada pasaran global. Pulau Pinang pula memiliki ekosistem semikonduktor dan pembuatan yang matang, tenaga kerja berpengalaman serta kedudukan strategik sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.” Hubungan ekonomi Pulau Pinang dengan China terus diperkukuh apabila negeri ini mengeksport barangan bernilai RM64 bilion ke negara berkenaan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Jumlah tersebut merangkumi separuh daripada keseluruhan eksport Malaysia ke China. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 81 peratus terdiri daripada produk dan komponen elektrik dan elektronik (E&E). Pulau Pinang turut merekodkan pelaburan pembuatan diluluskan dari China berjumlah RM2 bilion pada separuh pertama tahun 2026. Kini, kira-kira 90 syarikat dari China beroperasi di Pulau Pinang, termasuk Guangdong Fastrain Technology Malaysia dan BYD Electronics. Ketua Menteri mencadangkan tiga bidang utama untuk memperkukuh kerjasama tersebut, iaitu: Mempererat hubungan antara syarikat China dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. Meningkatkan kerjasama antara industri, universiti dan tenaga mahir dalam bidang AI, semikonduktor serta pembuatan termaju. Meletakkan Pulau Pinang sebagai platform bagi syarikat China dan Malaysia untuk membangunkan serta memperluas penggunaan teknologi secara bersama bagi memenuhi keperluan pasaran ASEAN yang lebih luas.

Penang Kini
Penang Kini
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 19 September 2026 02:39:13 GMT
2219
54
3
2

Music

Download

Comments

apitkola98
Apit :
bertam tiada lagi kah
2026-09-19 06:23:12
0
karthigesenjes
karthigesen@92 :
👍👍👍
2026-09-19 03:04:52
0
ck_tony1015
K :
China Trusted Honest present Government 👍👍 investing in Georgetown penang Island 🏝️👍👍👍
2026-09-19 04:11:44
0
To see more videos from user @penangkini, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About