@batres_ariana:

Ariana
Ariana
Open In TikTok:
Region: MX
Saturday 19 September 2026 03:22:34 GMT
1735
392
0
6

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @batres_ariana, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Tanggal 20 Jun 2024 dan 12 Disember 2025 merupakan dua tarikh yang akan kekal dalam ingatan dan menjadi tarikh paling menyakitkan buat keluarga kami. Kami kehilangan arwah kakak, kemudian disusuli arwah abah tercinta. Kedua-duanya pergi secara mengejut, tanpa sempat kami berada di sisi untuk menemani nafas terakhir. Sampai hari ini, hati masih terasa pedih . Abah, yong maafkan kakngah sebab mungkin kakngah  belum sempat menjadi anak dan adik yang baik. Maaf atas segala kekurangan, kesilapan dan perkara yang tidak sempat kakngah lakukan ketika Abah dan yong masih ada. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan kenangan yang ditinggalkan. Video ini mungkin hanya mengabadikan beberapa detik, tetapi kenangan bersama Abah dan yong akan kami simpan selamanya di dalam hati. Kami rindu… Rindu suara Abah suara yong Rindu wajah dan senyuman abah dan yong Rindu segala-galanya . Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah Abah dan arwah yong, melapangkan kubur mereka, menerangi tempat persemadian mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Al-Fatihah buat arwah Abah dan arwah yong Rindu ini tidak akan pernah berakhir. 🤍 Dear all, rakamlah sebanyak mungkin gambar dan video bersama ahli keluarga. Jangan malu dan jangan tunggu hari istimewa untuk mengabadikan setiap detik bersama mereka. Kita tidak pernah tahu bila sesuatu momen itu akan menjadi kenangan terakhir. Kelak, apabila salah seorang daripada mereka sudah tiada, gambar dan video itulah yang akan menjadi pengubat rindu, tempat kita kembali mencari wajah, suara dan senyuman yang tidak mungkin dapat diulang lagi. Selagi mereka masih ada, hargailah setiap waktu. Kerana apabila yang tinggal hanyalah kenangan, barulah kita sedar betapa berharganya detik-detik kecil yang pernah kita lalui bersama. 🤍

About