@melakatv: WRUR TANJUNG BIDARA: JABATAN BANTUAN GUAMAN PERLUAS AKSES KEADILAN 19 September – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) turun padang untuk memperluaskan pemahaman masyarakat mengenai akses kepada keadilan menerusi Wacana JBG ‘Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni’ bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara. Pengarah JBG Melaka, Muhammad Arif Marzuki berkata, penganjuran wacana itu turut memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 yang menggantikan Akta Bantuan Guaman 1971. 🎥 Fitri Shareena Rahim #wakilrakyatuntukrakyat #jabatanbantuanguaman #bantuanguamanmasyarakat #mhi #melaka