@info.semasa: MCMC siasat teater tular persenda institusi Raja, Rukun Negara PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima aduan berhubung video berkenaan yang kini tersebar di beberapa platform media sosial. Menurutnya, semakan awal mendapati rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan yang berlangsung pada 2018 sebelum kembali disebarkan di media sosial, baru-baru ini. “MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya. Dalam pada itu, MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan termasuk berkaitan bukti digital. “Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan,” katanya. Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang sebelum ini meminta PDRM serta MCMC menjalankan siasatan segera serta menyeluruh berhubung sebuah pementasan teater terbabit. Aaron berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil jika terdapat pelanggaran undang-undang, dengan siasatan hendaklah mempertimbangkan segala peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan berkaitan, termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 serta mana-mana undang-undang lain. “Rukun Negara bukan sekadar lafaz yang dibaca dalam majlis rasmi. Rukun Negara ialah ideologi dan falsafah kebangsaan serta panduan dalam pembinaan sebuah negara yang bersatu padu. “Perkara itu telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dengan matlamat utama membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi. Terdahulu, tular rakaman klip pementasan teater yang dimuat naik pengguna Instagram, The Fever Kinetic Theatre didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara. Dalam rakaman tersebut, beberapa individu yang membawa pelbagai watak menerusi teater bertajuk ‘This is Malaysia’ dilihat mempersendakan situasi di Malaysia setiap kali dialog dilontarkan. – KOSMO! ONLINE Oleh KOSMO! 19 September 2026, 11:03 am Artikel ➡️ Kosmo Online #infosemasa

Info.Semasa
Info.Semasa
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 19 September 2026 04:32:32 GMT
59423
1119
124
966

Music

Download

Comments

rubybunz
Ruby_bunz :
Why are the people laughing? Its not funny at all.
2026-09-19 07:28:24
632
ibuya_official
Ibuya_official🌼 :
Tindakkan keras perlu dikenakan.
2026-09-19 07:13:43
309
tepung_birdcustard
Tepung Bird Custard :
Dark joke funny but true
2026-09-19 06:45:49
103
munehisa.homma
Abg Koroi :
ini rakaman lama 2018. Tapi isunya, ia dimuatnaik semula oleh pemilik instagram. Tak tahu apa motif pemilik akaun. Mmg nk bagi panas line balik.
2026-09-19 16:33:21
26
moonlight_03._
𝓡𝓮𝓮𝓷𝓾𝓼𝓱𝓪𝓪 ✨🪷🦢 ! :
what's wrong that's the truth meh
2026-09-19 08:14:17
21
belalangtempur_83
Firdaus :
admin jgn lupa update ape MCMC boleh buat.
2026-09-19 06:59:47
28
watashi.wa08
Babah.And.Ayen🐈 :
its not funny, why are the people laughing!?🤦🏻‍♂️🤷🏻
2026-09-19 12:44:31
15
_wasabi44
Wasabi44 :
perghh rakaman 2018 ea..skang dah 2026
2026-09-19 09:48:19
48
mr.rat699
Mr.Rat :
as a malaysian, i can say this is true
2026-09-19 16:05:55
8
noorhanizaabubaka
niza :
masalahnya.. ramai pulak yg gelak dan tepuk tangan yerr.. mana pergi kesopanan dan kesusilaan..???
2026-09-19 08:13:07
27
cintaazrin2
cinta azrin :
lepas plk Tik tok.klu komen yg btoi laju je dekat buang.yg ni terang2 hina kedaulatan negara
2026-09-19 05:39:57
32
acap_850
acap/cina :
macam biadab sangat nii
2026-09-20 00:04:48
7
ovaltine888
Ona :
Nahh one of them
2026-09-19 17:56:27
3
amar.zulhimi
Amar :
mcm apa redbull
2026-09-19 18:50:07
8
whatevers6666
whatever :
education start from home
2026-09-19 08:48:56
0
ain4l.__
ִֶָ🪽་༘ ˎˊ :
boi what
2026-09-19 09:48:48
0
yamatosan31
yamato sann :
hahaha lawak lah korang ni😂
2026-09-19 14:18:47
1
zainialiamat
zack :
itulah imej ph
2026-09-19 07:47:16
8
cikpuanlaiila65
cik puan Laila :
siapa penganjur nya
2026-09-19 08:36:50
10
daengnyzara
デーン nyzara🇵🇸 :
sila ambil tindakan...
2026-09-19 13:46:52
1
mamatiyenofficiel
⭐⭐Anak Kangkung🌟✨ :
2026-09-19 09:27:23
1
lesung_pipit78
SYUQ KECIK_78 :
mohon tangkap kesemuanya..
2026-09-19 07:03:38
3
zaimibetta
zaimi :
dah tangkap ke belum
2026-09-19 08:32:02
2
yakin_303
Yakin17 :
2026-09-19 05:25:15
1
petemahdi
PETE MAHDI :
grad balik Malaysia jadi menteri ngam...
2026-09-19 06:35:30
2
To see more videos from user @info.semasa, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About