@mynewshub: Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean menyifatkan usaha UMNO mengumpul dana bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda sebagai langkah yang boleh menormalisasikan kesalahan rasuah. Beliau mendakwa penubuhan Tabung Solidariti Najib yang menyasarkan kutipan RM50 juta turut menimbulkan persoalan mengenai mesej dibawa UMNO dalam usaha negara membentuk budaya integriti dan antirasuah. Menurutnya, kutipan tabung berkenaan dilaporkan sudah mencecah RM1 juta selepas diumumkan semalam bagi membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda yang dikatakan menjadi antara syarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah. “Tindakan ini menimbulkan persoalan sama ada UMNO sedang melazimkan budaya bahawa rasuah boleh dimaafkan selagi seseorang itu mendakwa wang yang diterima akhirnya digunakan untuk membantu rakyat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. Loh berkata, kesalahan rasuah tidak sepatutnya dinilai berdasarkan niat, populariti atau sumbangan politik seseorang, sebaliknya berlandaskan undang-undang serta prinsip akauntabiliti. Beliau turut mempersoalkan mesej yang dihantar kepada generasi muda apabila sebuah parti politik menggerakkan bantuan kewangan untuk melunaskan hukuman berbentuk denda yang dikenakan terhadap pemimpinnya. “Adakah kita sedang membina budaya membenci rasuah, atau budaya memaafkan rasuah apabila pelakunya ialah pemimpin yang kita sokong?” soalnya. Katanya, solidariti terhadap ahli parti tidak sewajarnya mengatasi kepentingan membina institusi dan budaya antirasuah dalam masyarakat. Walaupun mengakui parti politik berhak membantu ahli dan pemimpinnya dalam batas undang-undang, Loh menegaskan parti turut memikul tanggungjawab moral untuk menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa mempunyai akibat tanpa mengira identiti pelakunya. “Kalau benar kita mahu Malaysia bebas rasuah, prinsipnya mesti mudah: jangan normalisasikan rasuah hanya kerana pelakunya daripada kelompok kita sendiri,” katanya. Najib sebelum ini disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International. Beliau bagaimanapun semalam diberikan pengampunan dalam bentuk tahanan rumah dan perlu menjelaskan denda sebanyak RM50 juta dahulu sebelum bertukar lokasi tahanan. Setakat laporan ini diterbitkan, UMNO belum mengeluarkan respons terhadap kenyataan berkenaan. — MYNEWSHUB #najibrazak

MYNEWSHUB
MYNEWSHUB
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 19 September 2026 11:07:04 GMT
18958
279
148
41

Music

Download

Comments

ceribon_01
🅹🅰🅱🅰🆁🅰🅽🅾 :
UMNO “house of thieves and swindlers”
2026-09-19 14:00:23
2
fab_seroja
FAB :
Going back to old days
2026-09-19 12:52:56
1
punithamalaranamaly
punithamalaranamaly :
Absolutely 💯 percent true, shows you are supporting all the bad things and criminals like Najib? Please.repent and stop supporting criminals like Najib or on your judgement day he ia not answerable you are to the GOD. So wake up people.. dont go after the wrong doings or people think for yourself
2026-09-19 11:16:14
2
user4278059583925
chenan :
Mereka memang tak puas hati tapi kalau kena org mereka apa pun boleh menghalalkan cara seolah olah Malaysia tiada kuasa agong
2026-09-19 13:07:14
27
syafie963
Syafi :
yes it's True
2026-09-19 12:43:02
0
hang_kedah
hang_kedah :
aneh. hal umno sibuk. hal rakyat tak mau tengok
2026-09-19 11:28:17
23
azrulabe
azrulabe :
tggu gliran krajaan pulak..lpsni giliran krajaan pulak..ooo..dlu kutip utk org dap bleh lak ekk..org lain xleh ekk
2026-09-19 11:32:00
13
rk.raj1120
King of Sky Burner :
[Laughing][Laughing][Laughing][Laughing][Laughing]Malaysia Boleh[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved][Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy]
2026-09-19 15:09:03
0
iramacintarock
ICR@INR :
Maka benarlah ''DAP takut melayu bersatu😁
2026-09-19 14:48:47
12
zoro66564
zoro :
benam ja ph pru16 ..insyaalah[Tears of joy]
2026-09-19 13:52:46
17
lohweemin
Aman Malaysia :
100% Agreed
2026-09-19 12:36:14
0
divagirl035
m!loverisya୨ৎ :
pHdap buat lama dah..
2026-09-19 14:25:47
9
paksu_mry
Mister_Y :
Nyonya sudah lupa ka.. Dap sudah buat maaaa
2026-09-19 14:03:39
12
user9437135153926
user9437135153926 :
aura bossku blh huru harakan dap walau belum sampai rumah lg....bayangkan klu da sampai rumah ye😜😜😜😜.....mafia korporat pun blh kawtim
2026-09-19 14:46:04
9
sherry1970
sharimahsherry70 :
pemimpin dap pun pernah kutip derma
2026-09-19 13:28:44
10
jembalangsaka8
jembalangsaka8 :
Aii time korang buleh lak minta kutip...
2026-09-19 13:49:50
10
apatzer
apatzer :
hanya yg tak berprinsip akan sokong kempen derma ni.
2026-09-19 13:40:54
1
boymuarboymuar
boymuarboymuar :
lah abis yg pulau pinang tu ap bende ye bukan rahsuah ke
2026-09-19 15:41:02
3
asus0485
user35345517023 :
pencuri bnyk lahir dari umno
2026-09-19 15:05:02
0
basriayob
basriayob :
1 thn lbh lg ramai2 geng ph pakai baju lokap ke mahkamah
2026-09-19 15:23:19
2
mohd.nizamranger
Pencari fakta :
hancur negara jika di perintah UMNO kerana UMNO penyokong perompak dn rasuah.. jadi pikir2 kn lah org melayu jgn di perbodoh kn UMNO!
2026-09-19 15:15:38
1
c.man231
c.man :
utk pencuri tiada belas kasihan.. pencuri tetap pencuri
2026-09-19 14:28:57
3
haidarhaidar174
Haidar Haidar :
kempen kutip duit orang miskin bantu orang kaya..dunia akhir zaman..curi milo di tahan..curi berbillion di tatang..nauzubillah
2026-09-19 14:43:36
2
marzukimarzuki041
Zack :
jarum suntikan yg dlm kerajaan x nampak yg halus nampak [Gelak diterima][Gelak diterima]
2026-09-19 14:19:39
3
leecopper88
leecopper88 :
hanCur sudah Undang2 diMysia ..
2026-09-19 16:07:06
0
To see more videos from user @mynewshub, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About