@mykesuma: 𝗞𝗘𝗦𝗨𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗧𝗜𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 Selangor | 19 September 2026 Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) terus menyemarakkan nilai ihsan dan kebersamaan menerusi Program JHEKS, KESUMA Prihatin Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Rumah Kasih Harmoni (RKH), Paya Jaras, Sungai Buloh. Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, menyaksikan penyampaian sumbangan keperluan asas dan cenderahati kepada 120 penghuni RKH, selain Kotak MADANI kepada 50 orang asnaf dalam kalangan penduduk Paya Jaras. Turut diadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk gotong-royong membersihkan kawasan asrama, mengecat tembok, menanam pokok serta aktiviti bersama anak-anak RKH. Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan bahawa tanggungjawab KESUMA tidak terhenti di tempat kerja kerana pekerja merupakan sebahagian daripada keluarga dan komuniti. Kesejahteraan tenaga kerja juga bermula daripada masyarakat yang saling menjaga dan memberi ruang kepada setiap insan untuk membina masa hadapan yang lebih baik. Program ini turut memperlihatkan peranan kesatuan sekerja bukan sekadar dalam memperjuangkan kepentingan pekerja, malah sebagai wadah yang mampu menggerakkan solidariti, membina jaringan sokongan dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KESUMA dan JHEKS dalam menyantuni golongan yang memerlukan, membudayakan semangat kebersamaan serta memperkukuh tanggungjawab sosial demi kesejahteraan masyarakat. #KESUMA #KESUMAPrihatin #MalaysiaMADANI #JHEKS #KesejahteraanMasyarakat

mykesuma
mykesuma
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 19 September 2026 14:49:10 GMT
367
21
1
0

Music

Download

Comments

mujibzulkifli.my
Mujib Zulkifli :
Moga anak2 ini dipelihara selalu 🤲
2026-09-19 19:20:17
1
To see more videos from user @mykesuma, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About