@vcupsi: MEREKA ANAK YATIM PIATU, NAMUN MEREKA HEBAT 1. Sebentar tadi, Dewan Tuanku Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris sunyi dan hening apabila saya memanggil pelajar-pelajar hebat ini ke atas pentas. 2. Dalam kita mengeluh tentang betapa payahnya perjalanan hidup, ingatlah bahawa di sisi kita ada insan yang diuji jauh lebih berat daripada apa yang pernah kita rasakan. 3. Dalam kita merungut apabila kehendak tidak dituruti ayah dan ibu, ingatlah akan sahabat kita yang berdiri di atas pentas tadi… 4. Seorang anak yatim piatu. Tiada lagi tangan ibu untuk digenggam. Tiada lagi bahu ayah untuk bersandar. 5. Namun hari ini, anak itu berdiri di bumi Ibu Kandung Suluh Budiman. 6. Ketika sahabat-sahabat lain menerima ucapan tahniah daripada ayah dan ibu, mereka hanya mampu tersenyum sambil menyimpan rindu jauh di sudut hati. 7. Mungkin ada air mata yang ditahan. Mungkin dalam diam mereka berkata, “Mak… Ayah… anakmu sudah sampai ke universiti.” 8. Allah sahaja yang mengetahui betapa panjang jalan yang telah ditempuhnya untuk sampai ke sini. 9. Kerana itu, jangan terlalu cepat mengeluh tentang hidup. Kita mungkin pulang membawa masalah kepada ibu dan ayah. 10. Tetapi ada insan yang sanggup menyerahkan seluruh dunia, hanya untuk dapat pulang dan memeluk ibu bapanya sekali lagi. 11. Dan kepada anak-anak yatim piatu yang kini terpilih menjadi warga UPSI… Akan kami pastikan kebajikan & ehwal urusan kalian terpelihara sehabis baik. 12. Kerana inilah amanah, jariah dan JIWA kami segenap warga UPSI.
Naib Canselor UPSI
Region: MY
Saturday 19 September 2026 15:48:20 GMT
Music
Download
Comments
Nadwa K :
Ruby ni yg ada adik lelaki sorg lg kan yg selamat sbb diaorg dok asrama?
2026-09-20 00:20:14
458
haslizanhashim :
anak2 inilah yg patut di highlight apabila graduat. di beri keutamaan utk mengisi kekosongan jawatan.. 🥹🥹🥹
2026-09-20 03:05:55
1285
norzaniyah :
Alhamdulillah..Klau tak silap ruby ni bekas pelajar matrik gambang pahang..anak ni baik sangat²
2026-09-19 22:25:34
439
linhm.68 :
pagi2 buat saya nangis😭. Anak2 saya kehilangan ayah, tapi masih ada mak(saya) masa suami meninggal 3anak saya masih belajar. sorang phd 2 degree. yg phd selepas ayah meninggal dia nak berhenti takut tak mampu bayar yuran tapi saya tak bagi berhenti. Alhamdulillah thn ni dah berjaya dpt PHD dan yg adik sorang dah habis degree thn ni. Tinggal yg bongsu sorang masih belajar thn 3 kat uiam. Yakinlah rezeki dtg dari Allah bkn manusia.
2026-09-19 23:37:18
330
Zalinah Awang :
Anak bongsu sy usia 2 tahun wktu.kehilngn arwah ayahnya.Saya balu dgn 5 org anak.Anak bongsu bercita2 mnjdi pendidik.Dia pergi iv diploma Bhs Inggeris di UPSI pd buln 5 2026 dgn naiki bas ekspress ditemani abgnya , pd awalnya kmi x dpt nk pnuhi hajatnya utk gi iv ats kekangan kewangan/transport.Blum rezeki utk jd anak suluh budiman.Ank dpt offer Uitm Jengka tpi dia memiih utk bljr form 6 .Mohon doakn ank sy akn berjaya dlm STPM dan dpt capai cita2 jd pendidik.Dia berazam utk mohon UPSI leps STPM.
2026-09-20 07:44:16
116
Noyy🦋 :
my own classmate girl sem baru tahu dia yatim piatu😭 tapi bebetul tabah dan hebat walaupun atok nenek jaga tapi adik beradik dia alhamdulillah belajar tinggi semua, tahun kedua classmate lelaki hilang both parent selang sebulan juga hebat sebab bawa diri and jaga 2 others sibs yang kelainan upaya🥹 semoga kawan ii saya terus dapat posting after habis belajar nanti doakan mereka dan saya jadi cikgu yang baik ya
2026-09-19 22:21:35
223
Lieza Yusof :
😭😭teringat anak,bila berkaitan upsi..Al Fatihah buat anak ku
2026-09-20 00:35:33
228
smile@ :
Ayah meninggal masa sy 4 tahun. Mak cakap nk ubah hidup hanya melalui ilmu, pendidikan.... Dah rasa sekarang, dgn izin Allah Swt. Alhamdulillah dah rasa sekarang apa yg mak cakap..
2026-09-20 03:08:18
112
badrul :
assalamualaikum.. sejujurnya sya amat tersentuh hati ngn kekuatan adik Ruby..sya mohon pada sesiapa yg kenal adik Ruby ni tolong share location adik Ruby duduk skrg nie.. insyaallah..sya nk bantu dia dan sya mahu ambil dia bekerja di syarikat sya..
buat Tuan Dato Naib Canselor..terima kasih..
dngn kata2 Dato' amat bermakna buat pelajar UPSI..sya Ex student UPSI cukup berbangga pada Dato' Naib Canselor.. 😊
untuk makluman sya pun kehilangan anak buah perempuan sya pelajar UPSI yg di timpa kemalangan bas bersama shbt2 dia tahun lepas 🥺
Al-fatihah
2026-09-20 06:13:46
65
Muz :
I went through the same... But it made me stronger... Never give up..
2026-09-20 04:14:41
1
yv :
nangissssnyaaa masa niii 🥺🥺😭😭😭 terima kasih atas kesedarannya Tuan.
2026-09-19 16:46:31
156
DR MAPATAN SUDIN :
Tahniah Datuk Dr Naib Canselor kerana telah memberi contoh yang terhebat
2026-09-19 21:59:02
231
Norliza Jaapar :
Menjadi anak yatim pun dah sedih apatah lagi yatim piatu.Buat anaknda saya yg baru saja mendaftar di UPSI ..awak hanya kehilangan seorang ayah..masih ada mak.tapi kawan2 awak yatim piatu..Belajar sungguh2 dik.in Shaa Allah anak2 yatim dan yatim piatu ni hatinya kuat.. Semoga kejayaan milik mereka.aamiin
2026-09-20 06:01:02
19
Rafique :
UPSI THE BEST👍
2026-09-20 03:02:40
0
user7910447399241 :
terbaik NC upsi...mengangkat n meraikan ank2 yatim piatu yg struggle bjuang.
2026-09-20 01:56:20
15
Liliisma :
Masya Allah!!! Anak2 syurga
2026-09-20 04:13:32
5
vasanthi :
not all the children will understand but the mom my heart is broken and why my children don't want to understand about me
2026-09-20 11:10:04
2
FIDA DANI🦋 :
@FIDA DANI🦋:Ruby adalah ank sdara sy..ruby yg kami pngil kakak dn adiknya Balia murkam yg kami pngil Abe adalah ank yg sngat kuat..Alhamdulillah hasrat Arwah Abah nak kakak mnjadi seorg guru hampir kesampaian❤️
2026-09-20 13:13:41
13
🍂🍂🍁 :
pagi2 nangis dh.. even as a mother
2026-09-20 01:51:33
5
MZKufian :
Saya sgt suka cara VC UPSI memberi teladan
2026-09-19 23:30:13
45
f :
tengah nangis dlm bilik asrama after habis orientasi degree
2026-09-19 17:00:26
99
cik sue :
Orang dah suh kita nangis... Okey.. Kita nangis😭😭😭😭😭.... Hugs dari jauh Ruby❤️
2026-09-19 23:48:41
67
azah@anati@ameena :
Anak2 telah kehilangan susuk kasih seorang abah..namun masih mempunyai kasih susuk seorang ibu😭😭😭
2026-09-20 02:12:13
7
Nenda Aaliya :
Semoga terus berjaya dunia akhirat, anak2 !!
2026-09-20 05:06:49
9
Pull :
Naib canselor idola. Penampilan dan ucapannya sentiasa dinanti. Selalu tampil dengan ucapan yg berbisa dan meruntun jiwa. Terima kasih sbb menyentuh hati org2 yg mendengar.
2026-09-20 01:11:43
29
To see more videos from user @vcupsi, please go to the Tikwm
homepage.